• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota GR Supra GT4 Concept dengan Imej Aerodinamik untuk Prestasi Trek Lumba!

Toyota GR Supra GT4 Concept dengan Imej Aerodinamik untuk Prestasi Trek Lumba!

March 13, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

8
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Supra A90
menarik perhatian ramai peminat dan pemerhati permotoran sebelum dilancarkan secara rasmi. Ibarat promosi percuma, gembar-gembur mengenai model itu membuatkan ramai khalayak automotif memberikan perhatian khusus. Salah satu punca Supra mengundang tumpuan ramai ialah legasi ditinggalkan model terdahulu, seperti Supra A80 (generasi ke-4).

Supra A80 juga ialah hero dalam filem aksi Fast and Furious. Malah, Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda sendiri menyentuh peranan filem tersebut dalam ucapan perasmian Supra. Selepas dilancarkan, timbul pula kontroversi apabila netizen mengaitkan pengaruh BMW Z4 ke atas model sport tersebut.

BACA >>> 5 Kereta yang Mungkin Supra (2020) 'Tapau' di Litar Nurburgring

Adakah itu satu masalah besar? Tidak, kerana Supra tetap dapat sambutan hangat dan GR Supra (2019) untuk pasaran Eropah sudah pun habis ditempah. Selain melancarkan Supra untuk pembeli awam, Toyota juga bekerja di sebalik tabir supaya model ini dapat digunakan atas trek perlumbaan.

KHAS UNTUK PERLUMBAAN GT4

GR Supra GT4 Concept direka dan dibangunkan bagi memenuhi syarat perlumbaan antarabangsa GT4. Kategori perlumbaan ini semakin berkembang serata dunia sama ada peringkat tempatan atau antarabangsa. Seperkara menarik dikongsi Toyota ialah model konsep ini dibangunkan sebagai pilihan mampu milik dengan kemasukan kompetitif ke sukan permotoran peringkat akar umbi.

Berikut Ciri Toyota Supra GT4 Concept:

  • Enjin 3.0L turbo lebih berkuasa dengan sistem pengurusan enjin ditala semula, aci pacu (drive shaft) gred perlumbaan dan diferensial gelincir terhad (LSD).
  • Masih mengekalkan tetapan suspensi MacPherson di depan dan multilink di belakang, dengan spring, damper dan bar anti-oleng perlumbaan.
  • Brek prestasi tinggi Brembo
  • Difuser depan direka khas dan spoiler belakang untuk menambah baik aliran angin sekeliling chasis, mengurangkan seretan (drag) dan mengoptimumkan daya bawah (downforce).
  • Kit aerodinamik diperbuat daripada komposit gentian semula jadi seperti hem (hemp) dan fleks (flax) berbanding gentian karbon yang lebih mesra alam.
  • Rim lumba 18 inci menggantikan rim asal GR Supra 19 inci.
  • Bahagian dalam ditanggalkan dan ditambah frem keselamatan kekuatan tinggi, pemadam api perlumbaan dan kerusi lumba OMP.
  • Tangki minyak daripada jenis perlumbaan untuk isian pantas.

KHAS UNTUK AKSI LUMBA GT4

Perlumbaan kategori GT4 kini berkembang pesat membabitkan pusingan di Australia, Eropah, Asia, Amerika Utara dan New Zealand. Kategori ini mula dianjurkan pada 2006 sebagai perlumbaan aras mula untuk kereta sport GT dan diiktiraf Persekutan Automobil Antarabangsa (FIA).

Jentera GT4 biasanya ialah model jalanan yang diubah suai pengeluar dan boleh dibeli mana-mana pasukan pada harga berbaloi untuk wang dengan pakej lumba yang siap disediakan. Bagi projek ini, Toyota GAZOO Racing (TGR) akan terlebih dulu menilai minat pelanggan berpotensi sebelum membuat keputusan lanjut mengenainya.

Jika GR Supra GT4 Concept ini dihasilkan kelak, ia bakal mensasarkan pasukan amatur dan pelumba yang bercita-cita mara peringkat profesional dan bersaing dalam kategori GT4 serata dunia. Pada masa sama mengukuhkan sokongan Toyota dalam acara sukan permotoran akar umbi.

BACA >>> #BikinKereta: Toyota Supra 2JZ yang Masih Bergetah!

Related

8
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Akio Toyoda, Gazoo Racing, Perlumbaan GT4, Roda4, Toyota, Toyota Gazoo Racing, Toyota GR Supra GT4 Concept, Toyota Supra, Toyota Supra A90

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev