INDIA memiliki pasaran motosikal cukup besar dan tentunya meriah dengan pelbagai tawaran produk dua roda. Honda 2Wheelers India baru saja memperkenalkan model Honda CD 110 Dream dengan sistem brek kombi (CBS) dalam dua pilihan varian: Standard dan DX.
Pengenalan versi CBS akan menggantikan varian tanpa CBS berikutan pelaksanaan peraturan keselamatan baharu di India bermula bulan depan.
Selain tambahan teknologi CBS, CD 110 Dream masih mengekalkan spesifikasi sama seperti model tanpa CBS, iaitu enjin silinder tunggal 109.19cc penyejukan udara berkuasa 8.31hp dan tork 9.09Nm, dengan transmisi manual klac basah 4-kelajuan.
Keupayaan membrek diserahkan kepada unit brek dram 130mm pada kedua-dua roda. Sayangnya pilihan brek cakera tidak ditawarkan. Model baharu inidipadankan rim aloi 18 inci dengan fork teleskopik di depan dan dual spring di belakang. Bagi menyerlahkan imej premium, kemasan krom disisipkan pada bar hendal, pelindung mufler, dan rak belakang.
BACA >>> Honda CB300R (2018) | 12 Fakta Pantas yang Perlu Anda Tahu
CD 110 Dream varian Standard berharga IND50,028 (RM2,930) dan didatangkan dalam empat pilihan warna: Black with Blue Metallic (hitam+biru metalik); Black with Green Metallic (hitam+hijau metalik), Black with Red (hitam+merah) dan Black with Grey Silver Metallic (hitam+perak kelabu metalik).
Varian DX pun ditawarkan empat pilihan warna: Geny Grey Metallic (kelabu), Athletic Blue Metallic (biru), Black with Cabin Gold (emas), dan Imperial Red Metallic (merah), masing-masing berharga IND51,528 (RM3,000).
GALERI
SUMBER: IndianAutosBlog | Honda2WheelersIndia
Leave a Reply