• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 3 Punca Klac Manual Cepat Rosak, Tetapi Pemandu Jarang Perasan

#TahukahAnda: 3 Punca Klac Manual Cepat Rosak, Tetapi Pemandu Jarang Perasan

March 11, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

6.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KLAC ialah komponen penting untuk kenderaan manual. Tahukah anda, klac sebenarnya ada banyak fungsi, antaranya menguruskan anjakan gear supaya kenderaan sentiasa dapat bergerak lancar. Jadi pastikan kondisi klac anda sentiasa dalam keadaan baik.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahukan Gear Manual Anda Rosak

Sedarkah anda ada tabiat buruk tertentu yang kerap dilakukan pemandu kereta manual tanpa mereka sedar kesalahan tersebut?

1. TUKAR KLAC SECARA KASAR

Punca pertama yang membuatkan klac cepat rosak ialah tabiat menukar klac dengan kasar, tidak kira sama ada tombol gear di tangan atau pedal klac di kaki. Misalnya, melepaskan pedal klac sebelum tombol gear beranjak sepenuhnya hingga sampai terdengar bunyi kasar pada klac.

2. SELALU PIJAK KLAC

Punca lain, kerap memijak pedal klac ketika memandu dan ini sering dilakukan pemandu yang malas mengangkat kaki dari pedal klac apabila tidak diperlukan. Kesannya, komponen klac boleh cepat haus dan rosak.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Transmisi Dual-Klac (DCT) Anda Rosak

3. PIJAK KLAC SEPARUH

Tabiat memijak pedal klac tidak habis pun turut jadi punca kerosakan. Ini boleh membuatkan komponen dalam sistem klac ternyahsambung cepat. Lebih parah, sampai ke tahap tercium bau hangit dari klac dan situasi ini memang mengerikan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Klac dan Bagaimanakah Ia Berfungsi Pada Motosikal?

Sebenarnya ada banyak lagi tabit buruk dibuat pemandu manual, tetapi tiga tabiat ini paling kerap dilakukan. Malah, semua tabiat buruk itu kadangkala dilakukan tanpa sedar kerana sudah terbiasa. Jadi, sila ubah tabiat memandu anda sekarang dan jangan lupa menyenggara klac kereta supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.

SUMBER: Suzuki.Id

Related

6.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: bagaimana klac berfungsi, gear manual, jenis klac, Klac, klac manual, Manual, tahukah anda, tip, transmisi manual

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev