• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Ninja 250 Terpakai [Siri 1]: Berapakah Kos Cukai Jalan dan Insurans?

Kawasaki Ninja 250 Terpakai [Siri 1]: Berapakah Kos Cukai Jalan dan Insurans?

March 12, 2019 By ZY Leave a Comment

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEPADA anda yang mahu menaik taraf motosikal sedia ada kepada kelas 4-lejang 250cc, Kawasaki Ninja 250 ialah antara pilihan paling popular.

Selain rekabentuk memikat, sebab utama lain ialah harga mampu milik, terutama sekali model terpakai yang boleh didapati sekitar RM10,000. Malah ada dijual lebih murah bergantung kepada tahun keluaran dan juga kondisi. Berbanding kapcai 150cc berharga sama, Ninja 250 walaupun sudah berusia, masih mampu dikerah lebih laju daripada had kelajuan kebangsaan, tanpa memerlukan sebarang modifikasi.

Tetapi ingat, mampu membeli belum tentu mampu 'membela'. 😅

Sedar tentang isu kos servis dan pemilikan akan menjadi kejutan buat bakal pemilik baharu jentera 250cc, kami bertanyakan kepada En Zul daripada kelab motosikal Ninja Puchong Bikers. Beliau ialah pemilik dan mekanik utama bengkel NPB Workshop yang berlokasi di Sungai Penchala (dekat Bandar Utama, Damansara), dan sangat berpengalaman dalam membaik pulih dan menaik taraf Ninja 250 dan jentera 250cc lain.

Berikut beberapa perkara disenaraikan beliau, yang perlu pemilik atau bakal pemilik 250cc ambil tahu.

BACA >>> #TunggangUji : Kawasaki Ninja 250 (2018) - Adakah Ini Kuasa yang Anda Nantikan?

KOS INSURANS DAN CUKAI JALAN

Kos cukai jalan ialah tetap, iaitu RM50 setahun untuk motosikal bersesaran 250cc. Bagaimanapun, jumlah insurans yang perlu ditanggung berbeza mengikut harga pasaran semasa. Bagi Ninja 250 terpakai, ada 4 model utama seperti senarai di bawah ini dengan tahun keluaran bermula 2008. Jadi, harga semasa dan insurans boleh jadi sangat berbeza satu sama lain.

Kami menggunakan kalkulator online daripada laman Autoworld.com.my sebagai rujukan utama. Memandangkan kos baik pulih jentera 250cc lebih mahal berbanding kapcai, kami gunakan tetapan insurans komprehensif pihak pertama @ 1st party dan all riders kerana pilihan ini lebih selamat sekiranya berlaku kecelakaan dan kerosakan tidak diingini.

1. NINJA 250 (2008-10)

Harga Pasaran Terpakai: RM5,000 - RM7,000
Kos Insurans Setahun + Cukai Jalan: RM423 - RM476

2. NINJA 250 (2011-12)

Harga Pasaran Terpakai: RM6,000 - RM9,000
Kos Insurans Setahun + Cukai Jalan: RM450 - RM528

3. NINJA 250 (2013-17)

Harga Pasaran Terpakai: RM10,000 - RM14,000
Kos Insurans Setahun + Cukai Jalan: RM555 - RM660

4. NINJA 250SL (2014-16)

Harga Pasaran Terpakai: RM6,000 - RM9,000
Kos Insurans Setahun + Cukai Jalan: RM450 - RM528


KESIMPULAN

Harga dinyatakan di atas ialah anggaran kasar dan mungkin sedikit berbeza bergantung kepada faktor lain seperti nilai diskaun tiada tuntutan (NCD), harga pasaran semasa yang tidak tetap dan lain-lain. Bagi model naked seperti Z250, dan Z250SL), harga terpakai lebih murah, iaitu sekitar RM1,000 - RM1,500 berbanding model fairing.

Apa yang penting, kami harap anda faham kos baik pulih jentera 250cc ialah lebih mahal dan kadangkala boleh melebihi nilai motosikal tersebut. Jadi, pilihlah perlindungan insurans terbaik selagi anda mampu. Sesetengah pihak insurans seperti Alliance menyediakan pakej khas iaitu Bike Warrior untuk penunggang motosikal berkuasa tinggi yang anda boleh baca butiran pada pautan di bawah.

BACA >>> 5 Sebab Kenapa Pemilik Motosikal Berkuasa Tinggi Wajib Beli Insurans Bike Warrior

Itu saja buat masa ni untuk SIRI 1. Nantikan SIRI 2 tidak lama lagi yang kami akan senaraikan pula kos servis dan penjagaan yang lebih panjang dan terperinci.

KREDIT: NPB Workshop

Related

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autotainment, kos maintenance 250cc, Kos Pemilikan Motosikal 250cc, kos servis 250cc, kos servis ninja 250, npb workshop, roda2, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • Pusat Servis Proton Akan Didenda RM1k Bagi Setiap Aduan Diterima
    Pusat Servis Proton Akan Didenda RM1k Bagi Setiap Aduan Diterima

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev