• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan LEAF Catat Rekod EV Pertama Dunia Lepasi Angka Jualan 400,000 Unit!

Nissan LEAF Catat Rekod EV Pertama Dunia Lepasi Angka Jualan 400,000 Unit!

March 10, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

371
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POPULARITI masih tidak cukup dalam dunia perniagaan, dan ia perlu diterjemahkan kepada angka jualan. Nissan LEAF sebagai contoh, walaupun tidak sehipster Tesla dengan dominasi media, tetapi cukup sukses di jalanan. Buktinya, model elektrik itu berjaya melepasi angka jualan 400,000 unit yang menjadikan ia model EV (kenderaan elektrik) pertama dalam sejarah meraih angka membanggakan itu.

LEAF mula diperkenalkan pada 2010 dan menjadi EV pertama dikeluarkan secara massa, iaitu jualan kepada pengguna kebanyakan. Dalam kurang sedekad saja, EV menjadi produk niche dan pembeli Leaf dianggap sebagai perintis kepaa perkembangan pasaran EV, atau dipanggil early adopters. Hari ini senario itu sudah banyak berubah apabila semakin ramai pengguna beralih kepada EV.

BACA >>> Nissan LEAF Lancar untuk Pasaran Thailand dengan Harga Keras Cecah Enam Angka!

NISSAN ENERGY INITIATIVE

Bidang EV dihidu awal Nissan. Ketika melancarkan LEAF generasi pertama, Nissan berikrar mahu menjadi peneraju global dalam mengeluarkan dan mempromosikan kenderaan sifar emisi. Pembangunan EV bukan setakat menghasilkan kereta saja, malah Nissan komited berkerjasama dengan Kerajaan dan agensi antarabangsa lain untuk menerima EV selain berusaha memudahkan keupayaan mengecas dan membangunkan bateri EV jenis kitar semula. Kerjasama serata dunia itu dinamakan sebagai 'Inisiatif Tenaga Nissan' @ Nissan Energy initiative.

Bateri EV bukan saja boleh digunakan untuk kereta, tetapi juga sebagai simpanan dan perkongsian tenaga untuk rumah kediaman, premis perniagaan dan bekalan elektrik. Bagi tujuan itu, Nissan merintis projek infrastruktur di Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

BACA >>> Nissan Leaf NISMO RC - EV Versi Lumba dengan Pecutan 0-100kmj Sepantas 3.4 Saat!

Walaupun teknologi EV semakin berkembang pesat, masih ramai yang musykil tentang bateri EV selepas habis digunakan. Benar dan untuk kelestarian, Nissan bersama rakan stratergik memulakan projek bateri LEAF yang dapat dikitar semula untuk kegunaan lampu jalan, bekalan kuasa untuk kompleks sukan dan lain-lain keperluan.

JIMAT PENGGUNAAN PETROL DUNIA, SUBSIDI KERAJAAN

Satu fakta lagi, secara kumulatif pemilik LEAF memandu kenderaan lebih 10 bilion kilometer*. Fakta juga mendedahkan jumlah jualan LEAF sejak 2020 membolehkan 3.8 juta tong minyak dijimatkan*.

Pengguna di Asean mungkin jarang melihat LEAF atas jalan. Ini kerana model itu lebi mendapat sambutan di Eropah dan menjadi menjadi model EV paling di sana, tahun lalu. LEAF juga kereta terlaris di Norway, tahun lalu. Ada tiga kilang pengeluaran LEAF untuk pasaran dunia iaitu Oppama (Jepun), Sunderland (England) dan Smyrna, Tennesse (AS).

LEAF kini dijual di lebih 50 pasaran seluruh dunia dan bakal memasuki enam pasaran baharu di Amerka Latin pada penggal pertama tahun ini. Model ini juga akan ditawarkan di tujuh pasaran negara Asia dan Oseania menjelang penghujung tahun, termasuk Malaysia selepas dilancarkan di Thailand sebelum ini.

Memang menarik dan kami harap Edaran Tan Chong Motor (ETCM) ETCM dan Kerajaan dapat memudahkan cara pemilikan LEAF supaya model itu dapat diakses ramai pengguna. Malah, Kerajaan turut mendapat manfaat langsung kerana tidak perlu langsung menanggung subsidi minyak!

* Jarak jumlah pemanduan berasaskan ekstrapolasi data sebenar, sekitar 50 peratus pelanggan. Data penggunaan minyak berasaskan data ekonomi minyak US EPA dengan perbandingan antara Nissan LEAF dan Nissan Versa (2019) 4-Silinder 1.6L transmisi automatik.

BACA >>> Nissan Leaf e+ Kini Mampu Pergi Lebih Jauh, Hingga 458km!

nissan-leaf-e+bg
Nissan LEAF e+.06
Nissan LEAF e+.04
Nissan LEAF e+.05
Nissan LEAF e+.03
Nissan LEAF e+.07
Nissan LEAF e+.02
Nissan LEAF e+.01
Nissan LEAF e+.11
Nissan LEAF e+.10
Nissan LEAF e+.09

Related

371
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Edaran Tan Chong Motor, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), ETCM, EV, jualan, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Nissan, Nissan LEAF, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev