• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Kagum dengan Pelumba Petronas Yamaha, Baru 19 Tahun Sudah Lumba MotoGP

Rossi Kagum dengan Pelumba Petronas Yamaha, Baru 19 Tahun Sudah Lumba MotoGP

March 8, 2019 By Aryon Leave a Comment

810
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA sangka kekanda Valentino Rossi yang tahun ini genap usia 40 tahun akan berlumba dengan pelumba yang separuh usia lebih muda daripadanya. Pelumba itu ialah Fabio Quartararo yang akan berusia 19 tahun 324 hari atas grid pada aksi pembukaan MotoGP 2019 di Qatar Ahad ini.

Pada sidang media semalam, kedua-dua pelumba itu duduk sebelah menyebelah dan Rossi mengaku pernah bersembang mengenai perbezaan usia mereka dengan anak muda dari Perancis itu.

"Kami bercakap pasal ini (umur), dan aku cakap dia boleh jadi anak aku.

"Dia sangat, sangat muda, (lahir) 1999, jadi dia juga dua tahun lebih muda dari adik aku (Luca Marini), dan sudah berlumba MotoGP," kata Rossi seakan kagum dan teruja.

BACA >>> #MotoGP2019: Previu, Fakta dan Statistik GP Qatar yang Perlu Anda Tahu

PROTEGE ALZAMORA

Quartararo berlumba dalam kejuaraan Grand Prix (GP) seawal usia 15 tahun dengan memenangi 9 daripada 11 perlumbaan kejuaraan CEV Moto3 untuk pasukan Emilio Alzamora. Ini secara tidak langsung membuatkan pemerhati sukan permotoran cuba membandingkannya dengan adinda Marc Marquez yang juga pernah mendapat tunjuk ajar Alzamora pada awal karier dulu.

BACA >>> Rossi Kekal Tenang dan Bersahaja Ambil Trofi 'Si Gagal Tahunan'

Namun selepas berpisah dengan Alzamora, Quartararo tidak lagi menang kejuaraan dunia hingga musim lalu dalam Moto2. Kejayaan peringkat pertengahan itu membuka ruang kepadanya untuk direkrut masuk ke MotoGP sebagai pelumba Petronas Yamaha SRT dengan catatan masa memberangsangkan, iaitu kedua terpantas pada final ujian pramusim

"Dia ada karier yang pelik. Dia tiba macam genius, tetapi atas sebab tertentu dia sedikit hilang punca. Tetapi aku fikir tahun ini dengan pasukan dan jentera ini, dia ada peluang sangat penting untuk menunjukkan kelajuannya. Ini akan jadi sangat menarik dan maaf cakap yang dia boleh jadi anak aku!" gurau Rossi seraya menguntum senyuman manis di bibir..

"Dia juga setahun lebih awal daripada aku dalam MotoGP, sebab aku sudah 21 tahun masa tu," tambah kekanda lagi.

Quartararo akan jadi pelumba ketiga berlumba dalam MotoGP sebagai remaja selepas Michel Fabrizio dan John Hopkins sejak pengenalan kelas 4-lejang pada 2002.

SUMBER: VisorDown

Related

810
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Emilio Alzamora, Gabio Quartararo, GP Qatar 2019, MotoGP 2019, Petronas Yamaha SRT, sukan permotoran, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev