• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 12 Fakta Pantas: Mazda CX-30 (2020) yang Anggun Debut di Geneva

12 Fakta Pantas: Mazda CX-30 (2020) yang Anggun Debut di Geneva

March 7, 2019 By Han Othman Leave a Comment

248
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAZDA melakukan kejutan dengan mendedahkan crossover terbaharu, CX-30 sempena Pameran Motor Geneva 2019 yang bermula hari ini hingga 17 Mac nanti.

CX-30 diposisikan antara CX-3 dan CX-5 yang masing-masing berada dalam segmen crossover subkompak (segmen-B) dan kompak (segmen-C). Berikut beberapa fakta menarik tentang CX-30 yang perlu anda tahu:

BACA >>> Mazda CX-3 (2018) Facelift Kini di Malaysia - Harga RM121k, Lebih Murah & Mampu Milik

1. Dibina berasaskan Arkitektur Kenderaan-Skyactiv (SKA) yang juga diaplikasikan pada Mazda3 baharu. Ia lebih besar daripada CX-3, tetapi lebih kecil daripada CX-5 dengan menawarkan cukup ruang untuk empat penumpang dewasa dalam pakej cukup bergaya.

2. Menampilkan rekabentuk bersih, dan slik tanpa garis badan, tetapi lapik sekeliling gerbang roda nampak agak melampau yang membuatkan roda kelihatan kecil.

2019-cx-30-geneva-16
2019-cx-30-geneva-14
2019-cx-30-geneva-13
2019-cx-30-geneva-6
2019-cx-30-geneva-18

3. Ditawarkan dalam sembilan pilihan warna, termasuk Soul Red Crystal, Machine Gray, dan Polymetal Gray menjadi warna yang dikhaskan untuk Mazda3.

4. Rupa dalaman menarik dan elegan dengan rekabentuk mewah yang memberikan fokus utama kepada pemandu. Imej premium diserlahkan menerusi kemasan sulaman benang kontras untuk papan pemuka.

5. Ada dua skema warna dalaman istimewa: aksen coklat gelap yang digabungkan dengan upholteri kulit, dan aksen biru dengan upholsteri kulit buatan atau fabrik.

6. Turut menumpukan aspek ergonomik dengan bukaan pintu lebar yang diperoleh menerusi bentuk dan tinggi kusyen kerusi, dan pilar-B. Pilar-A dan -C juga ditipiskan bago membantu pemandu mendapat lebih kejelasan pandangan dengan mengurangkan kawasan titik buta.

BACA >>> Mazda USA Umum Harga Mazda3, AS$22k (RM93k) untuk Sedan Auto Enjin 2.5L

7. Sistem infotainment juga direka baharu dengan memuatkan paparan skrin lebar 8.8 inci dan tombol kawalan rotari. Ada dua sistem bunyi ditawarkan untuk CX-30, iaitu 8 pembesar suara untuk opsyen standard, dan 12 pembesar suara Bose untuk pilihan premium.

8. Mazda turut menambah baik tahap kebisingan dalam kabin dengan menyingkirkan bunyi-bunyi tidak diingini bagi menghasilkan suasana diam yang dinamakan sebagai 'kesenyapan berkualiti tinggi' (high-quality quietness).

9. CX-30 dijana enjin 4-silinder 2.0L Skyactiv-G dengan teknologi nyahaktif silinder. Crossover ini juga bakal menawarkan varian Skyactiv-X, iaitu enjin baharu dengan pembakaran secara pencucuhan mampatan. Kedua-dua enjin akan menggunakan sistem M Hybrid bagi menambah baik penjimatan bahan api. Enjin 1.8 diesel juga disediakan di pasaran tertentu.

10. Dipacu atas sistem pacuan semua roda, i-Activ AWD. Masih tidak jelas adakah cuma itu saja sistem pacuan yang disediakan untuk crossover ini? Sistem ini bekerja harmoni dengan sistem kawalan vektor, G-Vectoring Control untuk pengalaman pengendalian dan kawalan stereng lebih baik .

11. Juga ada ciri G-Vectoring Control Plus, untuk tambahan kawalan oleng ketika membrekan bagi memberikan lebih kestabilan apabila berlaku kecemasan dalam situasi sukar dielak dan ketika memandu dalam kelajuan tinggi.

12. Ada pelbagai sistem keselamatan, terdiri daripada Sistem Pemantauan Pemandu Mazda yang menggunakan kamera inframerah, dan LED untuk memandu keadaan pemandu ketika memandu. Juga disediakan sistem amaran trafik depan untuk mengingatkan pemandu tentang situasi persimpanan sibuk di depan.

BACA >>> Mazda3 (2019) Tawar Teknologi SkyActiv-X, Enjin Petrol dengan Pembakaran Cara Diesel

Mungkin ada banyak lagi maklumat menarik akan didedahkan Mazda tentang CX-30 dan kami yakin ramai peminat, khususnya Malaysia, teruja dengan debut crossover ini di Geneva.

GALERI

Related

248
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), mazda, Mazda CX-30, Pameran Motor Geneva 2019, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev