• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez: "Aku Sudah Hampir Cergas 100 Peratus!"

Marquez: "Aku Sudah Hampir Cergas 100 Peratus!"

March 7, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


JUARA bertahan MotoGP, adinda Marc Marquez mendakwa beliau kini tidak sabar mengharungi aksi pembukaan Kejuaraan MotoGP 2019 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar yang akan bermula, esok. Walaupun belum cergas sepenuhnya daripada kesan selepas pembedahan bahu, tetapi pelumba Sepanyol itu tetap yakin mampu melakukan sesuatu pada aksi final Ahad ini.

"Akhirnya, inilah masa untuk berlumba sekali lagi! Musim sejuk ini lain macam sikit sebab aku buat pembedahan, tapi aku kerja kuat buat fisio 5 jam sehari hanya untuk satu tujuan: dapat kondisi terbaik untuk perlumbaan pertama tahun ini. Semasa ujian Qatar, aku rasa lebih baik daripada Malaysia dan sekarang aku boleh cakap yang aku dah sampai (cergas) hampir 100 peratus."

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Marquez Buat Selepas Dua Bulan Dibedah Bahu

"Banyak yang Honda buat untuk menambah baik motor, dan kami rasa kuat ketika ujian, terutama di litar yang biasanya bukan terbaik buat kami, tetapi kami perlu terus jadi bertambah bagus. Qatar ialah pusingan istimewa bukan sebab ia perlumbaan pertama tahun ini, tetapi kerana keadaannya. Kami perlu beri perhatian khusus kepada suhu dan ambil kira apa saja sebelum berlumba.

“Berada di grid Qatar ialah sesuatu yang aku bayangkan sepanjang musim rehat dulu. Ini era baru buat aku dan pasukan, ini detik istimewa menunggang untuk Repsol Honda Team. Aku bersedia berikan segalanya untuk capai keputusan terbaik.

"Malangnya, aku belum lagi berada pada tahap maksimum dengan motor, tetapi aku masih yakin boleh capai keputusan baik di Qatar. Seperti setiap tahun, MotoGP nampak sangat kompetitif dan kami semestinya ada pakej diperlukan untuk berlawan dengan bagus selepas beberapa ketika. Aku tahu kami boleh capai kehebatan!" jerkah adinda Marquez sambil mengacu penumbuk ke udara.

BACA >>> Menjelang Aksi Pembukaan MotoGP 2019, Marquez Bergelut dengan Kecergasan?

SUMBER: MCN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Litar Antarabangsa Losail, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2019, Qatar, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my