YAMAHA Motor Co Ltd melakukan perubahan kecil pada model sportbike popular, YZF-R25 (ABS) 2019 yang dijangka berada di pasaran 28 Mac ini. Menariknya, kemas kini terbaharu ini mendapat sentuhan kosmetik dan talaan yang diilhamkan daripada jentera trek. Lihatlah pada kowl depan dan pengadang angin ala jentera lumba MotoGP, YZR-M1.
Didatangkan dalam tiga pilihan warna Deep Purple Blue Metallic (biru), Matt Black (hitam kusam) dan Matt Deep Red Metallic (merah kusam), jentera baharu ini akan dijual pada harga ¥599,400 (RM21,900), manakala versi ABS ¥642,600 (RM23,500).
Sejak dilancarkan pada 2014, model dipasangkan PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) ini cukup popular dalam kalangan penunggang muda berusia sekitar 20-an.
BACA >>> Kelibat Yamaha YZF-R25 Facelift (2019) Dikesan Ditunggang Uji di Indonesia, Mirip R6?
Berikut ciri utama kemas kini diterima YZF-R25 (2019):
1. KOWL DEPAN DAN VISOR PENGADANG ANGIN
Bahagian kowl depan dan skrin pengadang angin meningkatkan karakter aerodinamik. Kowl depan memiliki struktur tiga dimensi (3D), dipanggil 'sayap lapisan silang' dengan kemampuan mengurangkan rintangan angin yang akan disalurkan ke belakang. Bentuk visor pengadang pula berfungsi mengurangkan terpaan angin ke muka penunggang.
BACA >>> ECU TuneBoss Khas Buat Pemilik Motosikal Honda RS150R, Yamaha R25 & Lagenda 115Z
2. REKAAN TANGKI MINYAK DAN PELINDUNG TANGKI BAHARU
Posisi hendal direndahkan 20mm supaya tunggangan lebih selesa dan mudah dikendalikan atas trek. Ini membolehkan postur badan penunggang bersandar ke depan ketika memecut di laluan lurus dengan posisi lutut tinggi untuk lebih prestasi cengkaman. Lebar sisi tangki ditingkatkan 31.4mm dengan mengekalkan kapasiti tangki 14 liter.
3. FORK DEPAN TERBALIK (USD) UNTUK PRESTASI SELEKOH
Tekanan damper dan nisbah spring dioptimumkan untuk keseimbangan pengendalian terbak menerusi penggunaan fork terbalik (USD). Ini memberikan cengkaman lebih kuat ketika melayan selekoh dan membrek. Malah, mekanisme baharu janaan kuasa damper jenis kartrij mampu mengoptimumkan tekanan tambahan sisi dan mampatan sisi. Yamaha cuba mengimbangkan keselesaan dan fiil sporty.
BACA>>>#TunggangUji : Kawasaki Ninja 250 (2018) - Adakah Ini Kuasa yang Anda Nantikan?
4. POSISI TUNGGANGAN SPORTY
Hendal berasingan yang diletakkan di bawah crown bukan saja memberikan gaya sporty, tetapi juga memudahkan pengendalian dan keselesaan untuk tunggangan harian. Seperti mana model terdahulu, posisi pelana rendah mengurangkan keletihan ketika menunggang jauh.
5. METER LCD PENUH
Panel meter paparan LCD penuh memberikan pandangan jelas, membolehkan penunggang menikmati bar rev setiap kali memulas terotel, termasuk info berguna lain seperti spidometer, bar minyak dan posisi gear. Semua dipaparkan dengan jelas dan terang dengan imej lumba.
BACA >>> 7 Sportbike 250cc dengan Nisbah Kuasa-Berat Terbaik 2018 [Siri 1]
6. LAMPU DEPAN LED GARANG
Ciri LED untuk lampu depan binokular ialah sama seperti model R Series terdahulu yang memberikan pandangan tajam, manakala ventilator tengah menyerlahkan identiti YZR-M1.
SUMBER: BikeBros
Leave a Reply