APABILA musim hujan, cermin kereta boleh berkabus. Secara normal, kabin kereta sangat sukar berkabus dan apabila itu berlaku, ia boleh mengehadkan penglihatan pemandu dan berbahaya untuk pemanduan. Jadi hal ini perlu diatasi segera dengan mengenal pasti punca yang berlaku.
Berikut beberapa maklumat yang perlu anda tahu tentang kenapa cermin kereta boleh berkabus ketika hujan, dan bagaimanakah cara mengelakkannya.
BACA >>> 5 Punca Penyaman Udara Kereta Bising Setiap Kali Dipasang
PUNCA BERLAKU KABUS?
Penyaman udara ialah antara komponen yang menyebabkan kabus pada cermin kereta. Kabin jadi lembab kerana ada banyak partikel air disebabkan kesan suhu sejuk daripada penyaman udara. Inilah punca kenapa cermin kereta berkabus. Selain itu, pada ketika atau selepas hujan pagi, kelembapan udara di luar kabin ialah tinggi.
Ini menyebabkan udara lebih mudah berubah jadi kabus dan melekat pada cermin kereta. Kabus dalam kabin terjadi kerana tahap kelembapan udara tinggi dan boleh juga berlaku disebabkan perbezaan suhu dalam dan luar kabin. Suhu dalam kabin yang lebih panas berbanding suhu luar juga boleh menyebabkan cermin berkabus.
BAGAIMANA KABUS TERBENTUK?
Proses terbentuk kabus disebut kondensasi (condensation) atau pemeluwapan. Apabila hujan, udara dalam kabin pada awalnya akan mengikuti udara luar yang berkelembapan tinggi. Bagaimanapun, disebabkan kita berada dalam kereta, hembusan nafas yang mengandungi banyak wap air akan bertembung dengan tekanan udara dalam kabin.
Apabila wap air sudah tidak mampu ditampung tubuh atau udara kabin, ia secara automatik akan mencari tempat paling sejuk dan cermin kereta ialah tempat terdekat. Di sinilah berlaku pemeluwapan pada cermin kereta dan kadar kabus jadi lebih banyak apabila ada ramai penumpang dalam kereta.
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Penyaman Udara (A/C) Kereta yang Perlu Anda Tahu
BAGAIMANAKAH MENGELAK PEMELUWAPAN?
Bagi mengelak proses pemeluwapan, pemilik kereta disarankan melakukan servis penyaman udara secara berkala, membersihkan penapis kabin setiap tiga bulan sekali, dan tidak lupa memeriksa tekanan bahan penyejuk (freon).
SUMBER: Suzuki.co.id
Leave a Reply