• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemasangan Kerusi Kanak-Kanak Wajib Mulai 2020

Pemasangan Kerusi Kanak-Kanak Wajib Mulai 2020

March 5, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMULA 2020, penggunaan kerusi kanak-kanak diwajibkan untuk semua kenderaan persendirian dalam usaha mengurangkan kadar kematian kanak-kanak dan bayi akibat kemalangan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelaksanaan pemasangan kerusi kanak-kanak itu akan peraturan wajib undang-undang jalan raya. Menurutnya, Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama agensi lain akan terus memperkasakan kempen pemasangan kerusi kanak-kanak selain memberi kesedaran ibu bapa mengenai keselamatan anak mereka.

“Kami juga akan memastikan semua kerusi kanak-kanak yang akan dijual berkualiti tinggi dan menepati piawaian ditetapkan selain berharga mampu milik.

“Saya akan berbincang dengan pihak Kastam dan Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan pengecualian SST (cukai jualan dan perkhidmatan) dan cukai import untuk kerusi kanak-kanak,” katanya.

BACA >>> 6 Tip Pilih Kerusi Bayi yang Baik untuk Kereta Anda?

kerusi kanak-kanak

KOMEN KAMI

Kami sokong usaha Kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi kanak-kanak untuk pemilik kenderaan yang membawa anak kecil. Ini kerana kita kebelakang ini kerap terbaca insiden kemalangan yang menyebabkan kematian kanak-kanak, malah ada dilaporkan tercampak keluar dari kereta.

Jadi, menerusi peraturan kerusi kanak-kanak, ia diharapkan dapat mengurangkan kadar kematian, selain mengurangkan impak kecederaan ke atas kanak-kanak.

Dari segi harga, kami harap Kerajaan dapat menetapkan harga berpatutan dan mampu milik untuk kerusi kanak-kanak. Ini kerana kita sedia maklum, kerusi kanak-kanak berkualiti bagus di pasaran adalah terlalu mahal dan bukan lagi mampu milik. Ini sudah tentu membeban kalangan keluarga yang kurang berkemampuan, terutama yang memiliki anak ramai.

Ataupun Kerajaan atau mana-mana agensi boleh menawarkan skim bayaran mudah yang membolehkan kerusi kanak-kanak berkualiti bagus dimiliki setiap keluarga negara ini.

Kepada ibu bapa kemampuan pula, apa salahnya memasang dan melatih anak anda duduk di kerusi khas. Biarkan mereka menangis seketika daripada kita menangis selamanya. Renung-renungkan…

BACA >>> Kereta Mesra Bayi [SIRI 1/2]: Bagaimana Memilih Kerusi Kereta Bayi Terbaik

BACA >>> Kereta Mesra Bayi [SIRI 2/2]: Aksesori Wajib Ada Bersama Kerusi Kereta Bayi

Related

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, child seat, harga kerusi kanak-kanak, Kementerian Pengangkutan, kerusi bayi, Kerusi kanak-kanak, pelaksanaan kerusi kanak-kanak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev