• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Soichiro Honda - Bermula Cuma Motosikal, Kini Gergasi Automotif Dunia

#RetroAuto: Soichiro Honda - Bermula Cuma Motosikal, Kini Gergasi Automotif Dunia

March 12, 2016 By Azhan O 2 Comments

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SOICHIRO Honda ialah jurutera dan industrialis Jepun yang mengasaskan Honda Motor Co Ltd. Beliau dilahirkan pada 17 November 1906 di Hamamatsu, Shizuoka, Jepun. Honda membesar dengan membantu bapanya, Gihei, seorang tukang besi yang menjalankan perniagaan membaik pulih basikal, manakala ibunya, Mika seorang tukang tenun.

Ketika berusia 15 tahun, tanpa sebarang pendidikan formal, Honda meninggalkan rumah menuju ke Tokyo (lebih kurang 250km) untuk mencari kerja dan diterima menjadi pelatih di sebuah bengkel garaj pada 1922. Beliau kemudian menghabiskan masa enam tahun sebagai mekanik kereta sebelum pulang ke kampung halaman untuk memulakan perniagaan baik pulih kereta sendiri pada 1928, ketika berusia 21 tahun, iaitu selepas 6 tahun berkelana ke ibu kota.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Kawasaki yang Perlu Anda Tahu - Asal Kilang Kapal, Kini Bikin Motosikal

Pada 1937, Honda mengasaskan kilang Tōkai Seiki yang menghasilkan gelang piston untuk Toyota. Malangnya, semasa Perang Dunia Kedua (WWII), pesawat pengebom Amerika Syarikat (AS), B-29 memusnahkan kilang miliknya pada 1944, manakala kilang Itawa musnah akibat gempa bumi Mikawa pada 1945.

Selepas perang tamat, Honda kemudian memutuskan menjual kilang yang masih ada kepada Toyota pada harga ¥450,000 (RM17,655) dan menggunakan wang itu untuk mengasaskan Institut Kajian Teknikal Honda pada Oktober 1946.

honda-a1-1948-pandulajudotcomdotmy

Pada 1948, Honda yang menyandang jawatan Presiden Honda Motor Company mula menghasilkan motosikal lengkap (gambar atas) yang menjadi kenderaan paling laris di dunia, sekali gus menukarkan status syarikatnya kepada multinasional dengan meraih pendapatan berbilion dolar.

Kejuruteraan dan kemahiran pemasaran Honda ketika itu berjaya mengetepikan model motosikal Britain, Triumph dan AS, Harley-Davidson di pasaran tempatan masing-masing. Pada 1959, Honda Motorcycles membuka syarikat wakil jualan pertama di AS.

Honda menjadi Presiden hingga bersara pada 1973 dan kekal sebagai pengarah selepas itu sebelum dilantik menjadi penasihat tertinggi pada 1983.

DEBUT CIVIC CATAT SEJARAH

civic-1973-pandulajudotcomdotmy
Honda Civic 1973

Pada 1973, Honda memasarkan model Civic hatchback dengan ciri kecekapan bahan api untuk pasaran AS yang sedang menghadapi krisis tenaga. Civic ketika itu adalah satu-satunya kereta yang memiliki enjin sangkut (outboard) empat lejang pertama di dunia yang lebih bersih, senyap dan menjimatkan berbanding enjin dua lejang.

Setahun kemudian, Civic memperkenalkan CVCC, sekali gus menjadikan model itu satu-satunya kenderaan yang melepasi Akta Udara Bersih tanpa menggunakan pengubah pemangkin. Aura kehebatan Honda membuatkan beliau disenaraikan oleh majalah People sebagai antara '25 Individu Paling Menarik Sepanjang Tahun' pada 1980 dengan mendapat gelaran 'Henry Ford Jepun'

Sepanjang persaraannya, Honda menyibukkan dirinya melakukan kerja yang ada kaitan dengan Yayasan Honda sebelum menghembuskan nafas terakhir 1991 akibat kegagalan hati.

CABAR DUNIA PERMOTORAN

Honda-1965-f1-pandulajudotcomdotmy
Honda F1 1965

Pada 1963, enjin 1.5L V12 yang dihasilkan jurutera dan bakal Presiden Honda, Tadashi Kume mula menyertai sirkit Formula Satu (F1). Kemenangan pertama Honda dalam F1 sebagai peserta, pembina dan pembekal enjin adalah pada 1965, juga perlumbaan akhir bagi jentera 1.5 bukan supercharged dan kejayaan pertama F1 bagi tayar Goodyear.

brabham-jack-pandulajudotcomdotmy
Jack Brabham

Pada 1966, Honda menyertai Formula 2 (1.0L) dan Jack Brabham menang 11 perlumbaan berturut-turut, sekali gus menjadikan beliau juara F2. Apabila had sesaran enjin berubah kepada 3.0L, Honda menghasilkan pula enjin V-12 berkuasa 400hp.

Masih pada 1966, Honda memenangi semua lima kelas motosikal Grand Prix (GP) kecuali Sidecar. Setahun kemudian (1967), John Surtees memenangi perlumbaan F1 di GP Itali yang menjadikan ia kejayaan pertama Honda menggunakan enjin 3.0L.

Honda turut meraih kejayaan hebat pada pertengahan hingga lewat 1980-an, manakala pada awal 1990-an menaja pasukan F1 Williams dan McClaren, dan Honda Racing untuk bersaing dalam F1 sebagai peserta, pembangun dan pembekal enjin.

PROFIL
SOICHIRO HONDA
TARIKH LAHIR: 17 November 1906
ASAL: Hamamatsu, Jepun
MENINGGAL DUNIA: 5 Ogos 1991 (umur 84)

Related

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2, Roda4 Tagged With: autotainment, Honda, Honda A1 1948, Honda Civic 1973, Honda Malaysia, motosikal Honda, Retro Auto, roda2, sejarah automobil, sejarah Honda, Soichiro Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev