• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cukai Kereta, Motosikal Rekon Naik Bulan Ini? Harga Lebih Mahal RM3k-RM5k?

Cukai Kereta, Motosikal Rekon Naik Bulan Ini? Harga Lebih Mahal RM3k-RM5k?

March 5, 2019 By Han Othman Leave a Comment

752
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI desas-desus terbaharu yang kami terima membabitkan industri kenderaan import terpakai, juga dipanggil kereta atau motosikal rekon (recond). Pemegang permit import (AP) khabarnya bakal berdepan risiko gulung tikar disebabkan duti tinggi yang akan dilaksanakan Kerajaan.

Ini diceritakan sendiri satu sumber enggan dikenali yang memang antara pemain langsung dalam industri jual beli kereta import terpakai.

BACA >>> 11 Orang Ini Patut Beli Kereta Terpakai Saja! Jangan Nak Eksyen Lebih Naa...

Menurut sumber tersebut, caj duti ke atas kenderaan pelbagai guna (MPV) bakal dinaikkan yang secara langsung akan melonjakkan harga kenderaan jenis itu. Ini bermakna, pembeli perlu membayar lebih untuk membeli model sama yang sebelum ini dijual lebih murah. Dalam usaha menangani isu tersebut, pengedar kemungkinan besar terpaksa mengurangkan margin keuntungan untuk mengekalkan harga sama sekiranya jualan didapati merosot.

Caj dikenakan bukan saja melibatkan MPV popular seperti Toyota Vellfire, Alphard dan Wish, tetapi juga jenama motosikal rekon terkenal seperti Harley-Davidson. Kenaikan dikatakan sekitar RM3,000 hingga RM5,000 dan dijangka bermula bulan ini.

Harga baharu juga menyebabkan pengedar bergelut menghabiskan stok kenderaan lama kerana pembeli dijangka mengambil sikap tunggu dan lihat, sekali gus menyebabkan kesan rantaian ekonomi. Antaranya, menjejaskan kutipan duti eksais daripada Kastam.

kereta-ap-1
kereta-ap-3
kereta-ap-2

KOMEN KAMI

Sebenarnya agak rasional jika Kerajaan mahu mengutip cukai daripada pemegang AP dan pembeli kenderaan rekon. Ye la, pembeli kereta dan motosikal rekon biasanya terdiri daripada golongan berada berpendapatan mewah. Jarang sekali kita melihat golongan B40 pergi ke bilik pameran AP mahu membeli Toyota Vellfire atau Mercedes AMG.

Cuma isunya, Kerajaan perlu betul-betul mengkaji kadar cukai dikenakan supaya ia tidak menjejaskan industri kenderaan import terpakai itu sendiri. Maknanya, cukai yang mahu dilaksanakan mestilah pada kadar sihat, tidak rendah dan tidak pula terlalu membebankan hingga merugikan peniaga dan membuatkan pembeli mencari alternatif lain yang mungkin menyalahi undang-undang, misalnya beli kereta sambung bayar atau kereta 'piang'.

BACA >>> Menjawap Persoalan Ya atau Tidak Kos Senggara Kereta Terpakai Tinggi?

Ingat, apabila sesuatu cabang industri terjejas, Kerajaan sebenarnya turut kehilangan punca pendapatan kerana tiada kutipan cukai dapat dibuat (kerana kurang pembelian). Malah, pengedar berisiko menutup perniagaan, sekali gus menambah pula masalah pengangguran.

Fikir-fikirkan.

Related

752
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Duti Eksais, Kereta Import Terpakai, Kereta Rekon, Motosikal Rekon, Pengedar Kereta Import Terpakai, Permit Import (AP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev