• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Japmas Auto Tawar Beli Kereta Rekon Berbaloi, Boleh Bida Secara Live dari Jepun!

Japmas Auto Tawar Beli Kereta Rekon Berbaloi, Boleh Bida Secara Live dari Jepun!

March 25, 2019 By Azhan O 1 Comment

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TENGOK kawan dan famili yang seronok pandu kereta rekon @ reconditioned, kita pun teringin juga. Banyak wakil AP (permit import) yang direkomenkan mereka, tetapi masih tidak berani hendak beli.

Maklumlah,  walaupun nampak cantik dipandang mata, tetapi risau juga pasal kondisi sebenar kereta tersebut. Ada pula dua tiga kawan yang mengeluh kereta rekon mereka terpaksa bermalam di bengkel. Padahal kereta masih baru dibeli.

Banyak soalan yang berlegar, antaranya boleh percayakah tahun pengeluaran kereta rekon yang hendal dijual itu? Bagaimanakah pula jarak mileage dan rekod servis?

Memang meter asal atau sudah diubah suai? Itu belum lagi melihat harga ditawarkan, adakah berpatutan, terlalu murah (biasanya kondisi kereta disyaki teruk) atau melampau mahal (sebab kononnya model itu rare)? Memang dilema betul.

Sekarang, tahukah anda yang kereta rekon boleh dibeli secara pra tempahan? Kita juga buat bidaan dalam sesi lelongan secara langsung. Ini termasuk mengetahui sendiri kondisi bakal kereta idaman anda itu dengan melibat dokumen sah daripada badan pemeriksaan Jepun (seperti Puspakom). Dapat pula tahu rekod servis penuh!

Ya, sekarang semuanya jadi mudah, tanpa perlu tergesa-gesa dan dapat disahkan telus 100 peratus!

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)

DAPATKAN KERETA REKON TERBAIK

japmas-auto-recond-car-6
japmas-auto-recond-car-5
japmas-auto-recond-car-4
japmas-auto-recond-car-3
japmas-auto-recond-car-2
japmas-auto-recond-car-1

Japmas Auto dapat bantu anda memilih model rekon terbaik mengikut kehendak dan keperluan peribadi. Anda mungkin mahukan kereta yang syok dipandu, atau mungkin sedang cari kereta untuk kegunaan personal atau dijadikan kenderaan famili yang perlu bersaiz besar dan selesa?

Sebagai pembeli kereta rekon, apa perlu kita tahu ialah memastikan ketulenan maklumat, sejarah dan kondisi sesebuah kenderaan terpakai yang hendak dibeli itu. Memandangkan model rekon juga termasuk dalam kategori kenderaan terpakai, jadi sangat penting untuk kita mengetahui rekod servis dan baik pulih.

Segala maklumat berguna itu membolehkan anda membawa pulang kenderaan idaman dengan tenang. Dan kemudian dapat memandu selama beberapa tahun tanpa perlu pening kepala dek memikirkan hal baik pulih dan risiko kerosakan yang mungkin berlaku tiba-tiba.

Inilah yang dinamakan memandu dengan ketenangan fikiran selain dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang. Inilah yang akan dilakukan Japmas Auto!

APAKAH DITAWARKAN JAPMAS AUTO?

Suasana sesi lelong secara live dari Jepun.
1. 初度登録 - Tahun Pendaftaran Pertama di Jepun 2. 走行 - Perbatuan 3. グレード - Perincian Model 4. 評価点 - Total Gred 5. 車台番号 - Nombor Casis
  • Konsultansi mengenai jenis kenderaan, bergantung kepada keperluan peribadi seperti: bajet, jumlah ahli keluarga, nilai jual semula, ketahanan, kos penyenggaraan, dan lain-lain.
  • Setiap kenderaan akan didatangkan dengan dokumen lelongan yang diperakui sah di Jepun bagi memastikan kondisi kenderaan ialah tulen secara masa nyata.
  • Pembeli dapat mengetahui tarikh pengeluaran, perbatuan, dan spesifikasi asal, termasuk tambahan yang sebenar untuk kenderaan yang mahu dibeli itu. Ini termasuk rekod servis penuh kenderaan tersebut hingga masa anda mahu membelinya.
  • Servis pintu ke pintu (door to door) bagi memastikan pelanggan faham tentang bagaimana Japmas Auto bekerja. Setiap perincian mengenai kenderaan dan proses tempahan, termasuk bidaan akan dijelaskan selengkapknya kepada pelanggan dari A hingga Z. Semuanya percuma!
  • Pembeli juga boleh melakukan trip ke rumah lelongan Jepun jika mahu menyaksikan sendiri pengalaman membida kenderaan secara live! Japmas Auto memiliki akses penuh ke semua sesi lelongan seluruh Jepun.
  • Kos dikenakan ialah sama seperti kos membeli kereta yang anda mahukan. Cuma kos trip perlu ditanggung sendiri pelanggan, tertakluk terma dan syarat.
  • Japmas Auto turut menerima pembelian secara tukar beli @ trade-in, atau bagi pihak pembeli lain tanpa sebarang caj tambahan.

Bukan itu saja, Japmas Auto turut menawarkan servis tanpa perlu beratur panjang di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada kadar mampu milik. Antaranya;

  • Proses tukaran pemilikan akan diuruskan sendiri Japmas Auto. Tidak perlu pening kepala beratur panjang di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Japmas Auto akan memudahkan urusan anda.
  • Kesemua ini hanya pada kadar serendah RM380 bagi model kereta persendirian.

Sila hubungi mereka menerusi saluran Whatsapp di japmasauto1.wasap.my atau japmasauto2.wasap.my untuk maklumat lanjut dan wakil Japmas Auto sendiri akan turun bertemu anda untuk sesi konsultansi khas tentang cara bagaimana memiliki kereta idaman anda pada harga paling berbaloi! Untuk laman sosial, anda boleh rujuk di facebook mereka Facebook.com/japmasauto.

Paling istimewa, sesi konsultan ini percuma dan anda boleh panggil Japmas Auto datang ke pejabat atau ofis mengikut kesesuaian masa anda sendiri.

Memang sangat mudah. Apa lagi yang nak dirisaukan?

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang 'Resale Value' yang Perlu Anda Tahu

Related

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: beli kereta recon, harga kereta ap, harga kereta recon, japmas auto, Kereta AP, kereta recon, Kereta Recond

Comments

  1. Zakri says

    August 23, 2020 at 8:27 AM

    Hi,

    Info:
    Budget - RM 30k (all-in)
    5 kids
    Aim for mini mpv/van

    Any suggest greatly and highly appreciated.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev