AUDI Malaysia agak lama menyepi di pasaran Malaysia sejak tahun lalu. Sebagai permulaan 2019, wakil pengedar itu melancarkan barisan model kenderaan utiliti sukan (SUV) premium Q-Series. Kehadiran model Q2, Q5, Q7 dan Q8 bakal memenuhi keperluan pengguna yang lebih menyeluruh selain menjadi permulaan baru jenama mewah dari Jerman itu di pasaran tempatan.
Audi Q Series ialah barisan SUV mewah yang dibangunkan dengan rekabentuk slik praktikal dan lengkap dengan kehalusan buatan, teknologi inovatif dan kemampuan pemanduan berprestasi. Walaupun tampil dengan DNA rekabentuk sama, tetapi setiap model datang dengan personaliti dan gaya tersendiri.
BACA >>> Audi Bangunkan Teknologi TLIS, Masa Menunggu Lampu Isyarat Kini di Skrin Kereta
AUDI Q2
ENJIN: Audi Q2 1.4 TFSI COD S Tronic (Sport) dilengkapi enjin 1.4 TFSI berkuasa 150hp dan tork 250Nm dengan ciri nyahaktif silinder COD (cylinder on demand) serta dipadankan transmisi klac kembar S tronic 7-kelajuan. Sistem COD akan menyahaktifkan silinder kedua dan ketiga pada beban hingga 100Nm dan ketika bergerak dalam kelajuan enjin antara 1,400-3,200rpm.
HARGA: RM219,900
BACA >>> Audi A1 Sportback (2019) Tampil Lebih Menggoda
LUARAN: Imej tegap diserlahkan menerusi gril frem tunggal dan bentuk oktagon dengan bukaan udara yang luas. Garis bumbung rendah juga menjadi daya tarikan unik yang berakhir pada pilar-C warna kontras. Bahagian belakang menampilkan bentuk dinamik dengan spoiler warna badan dan difuser bampar belakang.
Q2 mempunyai dimensi tinggi 1,510mm meter, lebar 1,790mm dan panjang 4,190mm, manakala jarak roda 2,6o0mm.
AUDI Q5
ENJIN: Audi Q5 2.0 TFSI Pacuan Quattro menggunakan teknologi ultra sebagai ciri standard untuk enjin 2.0 TFSI berkuasa 252hp dan tork 370Nm. Kawalan tork ke atas roda terpilih juga ciri standard model ini yang memberikan pengendalian lebih sempurna. Perisian pintar pula memberikan pengalaman pemanduan dinamik, tepat dan sentiasa berada dalam kawalan.
HARGA: RM339,900
BACA >>> Lamborghini Urus ST-X Concept - Super SUV yang Direka untuk Perlumbaan!
LUARAN: Rekabentuk fasia depan dengan gril frem tunggal terbuka luas melambangkan keyakinan penampilan aerodinamik. Garis badan berlekuk yang menonjol dan tersendiri memberikan struktur kukuh jika dilihat dari sisi. Ini ditambah dengan gerbang roda lebar.
Garis horizontal belakang turut menyerlahkan imej lebar SUV ini. Posisi lampu tinggi hadir bersama lampu signal dinamik sebagai ciri pilihan. Pintu belakang seakan bersambung sekali ke pilar-C yang menjadi ciri khas barisan famili Audi Q Series. Dimensi juga bertambah, dengan panjang 4,660mm, lebar 1,890mm dan tinggi 1,660mm, manakala jarak roda 2,820mm.
AUDI Q7
ENJIN: Audi Q7 3.0 TFSI Quattro dengan enjin 3.0L TFSI berkuasa 333hp dan tork 440Nm membolehkan SUV ini memecut 0-100 kmj dalam masa 6.3 saat. Enjin berprestasi unggul ini dipadankan transmisi Tiptronic 8-kelajuan baharu, sistem pacuan semua roda (AWD) Quattro dipertingkat dan casis lebih ringan.
HARGA: RM599,900
LUARAN: Fizikal ringan menjadikan ciri asas Q7, cuma seberat di bawah 2 tan (tanpa pemandu), iaitu 325kg lebih ringan berbanding model lama (bergantung versi enjin). Bahagian badan dibina menggunakan bahan multimaterial yang menyumbang kepada pengurangan berat sebanyak 71kg. Ditambah pula pintu aluminium, berat dikurangkan 95kg lagi.
BACA >>> Nissan Rogue Sport - X-Trail Versi Adik untuk Pasaran Amerika
Dengan panjang Q7 ialah 5,050mm, lebar 1,970mm dan tinggi 1,740mm, Audi Q7 ialah model SUV mewah saiz penuh paling ringan dalam kelas. Wajah depan menonjol dengan elemen frem tunggal pada gril terbuka luas menjadi antara unsur utama SUV ini. Gerbang roda besar dan bahagian bahu maskular memberikan penampilan tegap.
AUDI Q8
ENJIN: Audi Q8 3.0 TFSI Quattro dijana enjin 3.0L TFSI Quattro berkuasa 340hp dan tork 500Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 5.9 saat dan kelajuan maksimum 250kmj. Transmisi Tiptronic 8-kelajuan menyalurkan kuasa melalui sistem pacuan semua roda (AWD) Quattro. Sistem janaan kuasa ini sangat cekap dengan bantuan teknologi hibrid ringan @ mild hybrid (MHEV).
Sistem elektrik 48V terdiri daripada dua modul penting: bateri litium ion dan penghidup tali sawat alternator. Ketika membrek, ia menjana semula kuasa 12kW dan disalurkan kepada bateri. Teknologi MHEV membolehkan fasa pergerakan sekata lebih panjang dengan enjin dinyahaktifkan, dan jarak mula-henti bermula 22kmj. Model ini mampu mengurangkan kadar penggunaan bahan api hingga 0.7 liter per 100km.
HARGA: RM727,900
BACA >>> #PanduUji: Volvo XC40 - Baby SUV Sweden Penuh yang Dramatik dan Berteknologi
LUARAN: Dengan frem bingkai tunggal oktagon menonjol, Q8 ialah ahli baharu dalam barisan famili Audi Q-Series. Gril radiator yang jelas mendominasi dengan lid bampar depan, dan bukaan udara besar memberikan personaliti berbeza. Garis bumbung yang berakhir kemas pada pilar-C dan gerbang roda yang memuatkan tayar bersaiz 22 inci menyumbang kepada profil sisi serba elegan.
Leave a Reply