• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Baru 2 Bulan, Perodua Sudah Jual 37,400 Unit Kereta, Model Myvi Jadi Hero!

Baru 2 Bulan, Perodua Sudah Jual 37,400 Unit Kereta, Model Myvi Jadi Hero!

March 4, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

658
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA mencatatkan jualan sebanyak 37,400 unit kenderaan bagi tempoh dua bulan pertama 2019, naik 7.3 peratus berbanding tempoh sama, tahun lalu. Daripada jumlah itu, Myvi kekal menjadi hero apabila merekodkan jualan 15,000 unit, diikuti Axia (10,100 unit), Bezza (5,900 unit) dan Alza (2,700 unit).

Tidak kurang hebat, Aruz yang baru saja dilancarkan baru-baru ini mencatatkan jualan 3,600 unit dan lebih 13,000 tempahan diterima setakat ini kini. Menurut Perodua, kira-kira 85 peratus pembeli memilih varian AV, manakala selebihnya X.  Operasi pengeluaran Aruz juga diselaraskan dalam usaha mengurangkan tempoh masa menunggu.

BACA >>> Selepas Pandu Uji Perodua Aruz di Rawang, Inilah Pandangan Kami...

ENJIN 1.5L 4-SILINDER

Aruz dipadankan enjin 4-silinder 1.5L dengan blok aluminium Dual VVT-i bersama kotak gear automatik kawalan elektronik (E-AT). Hasilnya, trenkuasa yang dibina di Sendayan, Negeri Sembilan itu mampu menghasilkan kuasa sebanyak 103hp bersama 136Nm tork.

Menariknya, Aruz turut menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) menerusi Sistem Lahu Eko (Eco Idle) yang membolehkan SUV ini mencatatkan penggunaan bahan api pada kadar 15.6km per liter. Hadir dalam 5 pilihan warna iaitu putih, perak, biru, kelabu dan hijau, Aruz dijual pada harga bermula RM72,900 hingga RM77,900.

BACA >>> #KLIMS2018: Perodua Myvi GT Memang Ada Stail!!!

Related

658
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga perodua aruz, harga perodua myvi, Jualan Perodua, pandu uji myvi, perodua aruz, Perodua Myvi, pesaing myvi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my