HELMET buatan Malaysia, Gracshaw secara rasmi melebarkan sayap ke negara jiran Indonesia menerusi pembukaan reruai di Pameran Helmet Jakarta (JHE) 2019, juga kali jenama itu hadir di pasaran negara seberang tersebut.
Di JHE 2019, Gracshaw mempamerkan beberapa varian helmet jenis separuh muka (half-face), daripada Gracshaw G-Force (G838), Sharkshaw (G828), Gunnex (G2727) dan Gracshaw TSR (G818) yang juga akan dijual kepada pelanggan di Indoensia. Bagaimanapun, model muka-penuh (full-face), Grandex DV belum lagi dijual, cuma dipamerkan kepada pengunjung.
BACA >>> Helmet HJC RPHA 11 Venom 2 dengan Grafik Antihero Versi Lebih Jahat
Gracshaw bernaung di bawah syarikat 2X-Site yang ditubuhkan pada 2006 dengan visi menghasilkan helmet dan aksesori dengan kualiti, keselamatan dan rekabentuk terbaik mengikut kehendak pengguna. Selain Gracshaw, jenama helmet lain di bawah 2X-Site ialah Xdot, Grayfosh Helmets, dan Anoka.
Nama Gracshaw diambil daripada istilah bahasa Itali, 'grandioso' yang membawa maksud 'kebesaran dan keunggulan'. Jenama helmet ini menumpukan kepada aspek prestasi, sesuai dengan slogan digunakan, 'Rave About Performance' (Ghairah Tentang Prestasi). Di Malaysia, walaupun boleh dianggap sebagai pemain baharu dalam pasaran helmet, tetapi ia bukan jenama asing dalam kalangan mat motor negara ini, terutama kepada peminat dan pengumpul aksesori itu.
BACA >>> MIPS - Teknologi Gerakkan Kepala dalam Helmet untuk Kurangkan Impak Kecederaan
Harga Helmet Gracshaw di JHE 2019:
- Gracshaw G-Force - Rp2.5 juta (RM720)
- Gracshaw Sharkshaw - Rp2.8 juta (RM806)
- Gracshaw Gunnex - Rp5 juta (RM1,439)
- Gracshaw TSR - Rp1.6 juta (RM460)
- Visor RM 36 - Rp600,000 (RM172)
Bluetooth - Rp1.1 juta (RM316)
SUMBER: NaikMotor
Leave a Reply