• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Passat Variant 4MOTION R-Line Edition, Wagon Edisi Khas 2,000 Unit Sahaja

Volkswagen Passat Variant 4MOTION R-Line Edition, Wagon Edisi Khas 2,000 Unit Sahaja

March 3, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2019 bulan ini, Volkswagen menayangkan Passat Variant 4MOTION R-Line Edition yang hanya dikeluarkan 2,000 unit sahaja.

Selain terhad pada jumlah keluaran, jenis badan wagon itu juga menunjukkan keistimewaan Passat yang kini sudah dijual lebih 30 juta unit serata dunia. Keistimewaan Passat Variant 4MOTION R-Line Edition terletak pada beberapa bahagian seperti warna Moonstone Grey yang mengikut trend kereta sporty masa kini.

Selain kelabu, Volkswagen turut mengadunkan warna kontras iaitu hitam kilat pada bumbung, bingkai cermin sisi, difuser bampar belakang dan rim aloi Pretoria 19 inci. Permainan hitam diteruskan pada hujung spoiler, rel bumbung dan cermin sisi. Malah, lampu depan dan belakang juga dalam tona warna gelap.

BACA >>> Volkswagen Passat (2020) Kekal Guna Platform Sama, Tetapi Bergaya Baharu Lebih Segar

Bahagian dalaman kereta turut didominasi warna hitam yang diserlahkan lampu ambien berwarna. Pemandu dan penumpang belakang diberikan kerusi sport R-Line dengan adunan kemasan kulit Nappa dan kulit gentian karbon. Pedal minyak dan brek pula jenis besi gilap tahan karat, manakala kemasan sil pintu tertera lencana R-Line.

CIRI 'TRAVEL ASSIST'

Satu keistimewaan Passat (2019) ialah teknologi bantuan kembara, Travel Assist yang membolehkan kereta dipandu separa automatik pada kelajuan hingga 210kmj dan masih sangat baharu untuk kereta penumpang. Teknologi ini berupaya untuk mengambil alih stereng, membrek dan memecut. Apa yang pemandu perlu buat cuma letakkan tangan atas stereng.

Sistem kereta memeriksa tindak balas daripada stereng kapasitif pelbagai guna yang kemudian memberi reaksi walaupun sentuhan lembut.

Travel Assist menjadi teknologi bantuan pintar dengan menggabungkan penggunaan kamera depan, sistem pengawasan pejalan kaki Bantuan Depan, sistem bantuan parkir, sistem bantuan tukar lorong sisi dan sistem kawalan jarak automatik. Akhir sekali, inilah definisi R-Line buat Volkswagen dan belum lagi dikira R sepenuhnya seperti VW Golf R yang lebih 'gila kuasa'.

BACA >>> Tuner Jerman Hasilkan VW Up! GTI Setanding Golf Generasi ke-3 - 145hp, 260Nm

Related

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Geneva, R-Line, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Passat Variant 4MOTION R-Line Edition, vw, VW Passat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev