• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bajaj Siar Poster Acah Avenger Street 180 dengan ABS, Calon Modenas Jaguh?

Bajaj Siar Poster Acah Avenger Street 180 dengan ABS, Calon Modenas Jaguh?

February 28, 2019 By Aryon Leave a Comment

326
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal India, Bajaj bakal melancarkan cruiser Avenger Street 180 versi dipertingkat yang dibekalkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), tetapi tiada maklumat harga didedahkan. Beberapa media di sana menjangka model itu akan dijual antara Rs6,000 - Rs7,000 (RM300-RM400) lebih mahal berbanding Avenger Street 180 bukan ABS.

Pada masa sama beberapa pengedar di Pune, barat India dilaporkan sudah mula menerima tempahan tidak rasmi untuk model versi kemas kini itu. Kemas kini terbaharu itu menyaksikan semua barisan produk Bajaj akan mematuhi regulasi keselamatan India yang berkuat kuasa 1 April nanti.

Regulasi baharu itu mensyaratkan setiap motosikal di atas 125cc dipasangkan ABS sebagai ciri standard. Selain ciri keselamatan tersebut, dijangka  tiada apa yang berubah tentang Avenger Street 180.

ENJIN KEKAL SAMA

Avenger Street 180 dilengkapi skrin gelap, lampu siang (DRL) LED, bahagian mekanikal serba hitam dengan kemasan perak, dan rim aloi. Cruiser ini dijana enjin silinder tunggal 180cc penyejukan udara berkuasa  15.2hp @ 8,500rpm dan tork 13.7Nm @ 6,500rpm, serta dipadankan transmisi klac manual 5-kelajuan.

Avenger Street 180 masih mengekalkan suspensi konvensional, iaitu fork teleskopik dan absorber kembar di belakang. Tuga membrek diuruskan brek cakera tunggal 250mm di depan dan brek dram 130mm di belakang. Rim 17 inci (depan) dan 15 inci (depan) masing-masing dibaluti tayar  90/90 dan 130/90.

Bagi peminat motosikal di Malaysia, kelibat Avenger Street 180 ini pasti mengingatkan kita kepada Modenas Jaguh. Apakah dan mungkinkah? Hmmm...

Apapun, kita layan dulu gambar Avenger Street versi bukan ABS sebelum ini. Rekabentuk versi ABS masih sama, sebab yang berubah cuma ia dipasangkan ABS. Malaysia bila pula nak wajibkan ABS untuk semua motor?

GALERI

SUMBER: ZigWheels

Related

326
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: bajaj, Bajaj Avenger Street 180, cruiser, India, Modenas, Modenas Jaguh, Poster Acah, roda2, teaser

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev