• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Lancar Jenama Baharu, Jetta untuk Pasaran Kereta Aras Mula di China

Volkswagen Lancar Jenama Baharu, Jetta untuk Pasaran Kereta Aras Mula di China

February 27, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

722
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM dunia automotif, pengeluar melancarkan subjenama baharu ialah perkara biasa. Tetapi jika pengeluar menggunakan nama produk sendiri sebagai jenama baharu, itu boleh dianggap sesuatu yang pintar! Inilah dilakukan Volkswagen apabila melancarkan jenama baharu, 'Jetta' di China.

Jetta ialah nama model sedan Volkswagen. Kini, pengeluar automotif dari Jerman itu merancang menggunakan nama itu sebagai jenama automotif baharu untuk meneroka potensi pasaran China. Ini juga kali pertama Volkswagen mempunyai jenama berasingan yang diasaskan daripada model induk.

BACA >>> Volkswagen Grand Lavida Plus dalam Versi Stationwagon, Pasaran China Sahaja

Di China, ada berjuta-juta pengguna yang tinggal di luar bandar metropolitan seperti Beijing dan Shanghai dengan kadar penggunaan kenderaan sangat rendah. Malah, di sesetengah kawasan, kadar pemilikan tidak sampai 100 kereta per 1,000 penduduk. Pada masa sama, berlaku pertumbuhan golongan kelas pertengahan di negara itu yang berhasrat memiliki kereta pertama.

KHAS UNTUK GOLONGAN MUDA, KELAS MENENGAH

Jadi, melalui jenama Jetta, Volkswagen merancang mensasarkan menjual produk jenama itu kepada golongan muda dan kelas menengah. Ini bukan sekadar acah-acah kerana Volkswagen menyatakan bakal melancarkan satu model sedan dan dua kenderaan utiliti sukan (SUV) seawal suku ketiga tahun ini.

Barisan model Jetta akan dikeluarkan syarikat FAW-Volkswagen di Chengdu, dan diposisikan di bawah Volkswagen yang akan meneraju segmen lebih premium. Jenama baharu ini juga akan bersaing dalam pasaran aras mula yang mewakili satu pertiga pasaran kenderaan di China dan banyak dikuasai jenama tempatan.

Jetta akan terus membawa DNA Volkswagen sebagai elemen utama iaitu kualiti, keselamatan, nilai dan gaya rekabentuk yang jelas. Rancangan ini juga akan meletakkan Volkswagen pada kedudukan yang lebih fokus, manakala Jetta akan menumpukan kepada keperluan pasaran China menerusi pembangunan bersama FAW-Volkswagen.

BACA >>> Lebih 30 Tahun di China, Jualan Volkswagen Kini Cecah 30 Juta Unit!

Keputusan ini melahirkan subjenama baharu dibuat memandangkan Jetta ialah antara model paling popular di China yang berstatus ikonik. Pengurusan tinggi Volkswagen sendiri meletakkan kedudukan Jetta seperti Beetle, yang pernah menjadi model penting untuk pengguna di Eropah suatu masa dulu.

CARA BAHARU PEMASARAN JUALAN

JETTA.02
JETTA.03
JETTA.04

Jetta bakal menggunakan kaedah baharu dalam penjualan menerusi rangkaian pengedaran sendiri. Cara mendekati pelanggan pula menggunakan kaedah inovatif seperti bilik pameran digital, pusat beli belah dan jualan trak bergerak. Menjelang penghujung 2019, dijangka ada kira-kira 200 pengedar akan menawarkan jenama ini.

Ini disokong fakta tentang Volkswagen yang mencatat jualan 3.11 juta pada 2018, dan China sendiri ialah pasaran tunggal terbesar jenama itu dengan jumlah jualan global hampir 50 peratus! Tahun 2018 juga istimewa apabila pengeluar itu berjaya menyerahkan kenderaan yang ke-30 juta di pasaran negara tersebut sejak kali pertama kali memasuki pasaran lebih 30 tahun lalu.

BACA >>> Volkswagen Jetta GLI (2019), Jelmaan Golf GTI dalam Bentuk Sedan

Related

722
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Automotif China, China, FAW-Volkswagen, Jetta, Sedan, Volkswagen, Volkswagen Jetta, vw, VW China, VW Jetta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev