• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Zero SR/F (2019) - Streetfighter EV Wajah Konvensional yang Mampu Pecut 200kmj!

Zero SR/F (2019) - Streetfighter EV Wajah Konvensional yang Mampu Pecut 200kmj!

February 26, 2019 By Aryon Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALAU kereta elektrik ada Tesla, dunia motosikal pula ada Zero Motorcycles, iaitu pengeluar automotif memang menumpukan kepada pembuatan  jentera dua roda elektrik. Masing-masing sentiasa aktif dalam memperkenalkan produk dan teknologi elektrik baharu.

Terkini, Zero Motorcycles memperkenalkan streetfighter elektrik baharu, SR/F yang sekali pandang nampak mirip seperti model Ducati, siap dengan sirip penyejuk dan swingarm bentuk pisang. Rupa depan nampak cukup maskular dengan tangki berotot, lampu utama LED dan bentuk badan naked yang dipagari frem trellis.

BACA >>> 19 Fakta:Kenapa Zero (Motosikal EV) dan Tesla (Kereta EV) Tidak Sama?

Zero nampaknya berusaha keras untuk menghasilkan model elektrik yang tidak jauh berbeza dengan penampilan motosikal konvensional berkuasa petrol. Mungkin mahu mengambil hati atau mengubah persepsi pembeli motosikal sedia ada.

Pek bateri litium-ion saiz besar disimpan dalam perumah baharu bentuk sirip yang berfungsi sebagai penyejuk untuk mendapatkan prestasi optimum. Motor juga direka baharu sepenuhnya, dengan dimensi luaran dan dalaman lebih besar yang membolehkan magnet berkuasa tinggi dan tahan lama digunakan.

Hasilnya ialah motosikal elektrik yang memiliki lebih tork, kuasa dan jarak tunggangan berbanding model lama. Motor juga dipasnagkan dengan syaf output pada poin pivot swingarm yang menambah baik bahagian belakang jentera, termasuk memanjangkan jangka hayat tali sawat.

BACA >>> Zero DS ZF14.4 - Streetbike Elektrik untuk Penunggang Novis, 262km Sekali Cas!

Dari segi keselamatan, SR/F diberikan ciri awan (cloud) yang membolehkan pemandu memantau situasi dan lokasi motosikal, cas bateri, atau jika ada cubaan mencuri.

SPESIFIKASI ZERO SR/F

HARGA: £17,990 - £19,990 (RM96,200-RM106,900)
TANGKI KUASA (6kW): £2,640 (RM14,120)
KELAJUAN MAKSIMUM: 200kmj
ADAPTER OUTLET DINDING UK: £445 (RM2,380)
JARAK (dengan tangki kuasa): 320km (198 minit)
JARAK DALAM BANDAR: 259km (160 minit)
TORK: 190Nm
MASA MENGECAS OPTIMUM: 60 minit
BERAT: 226kg
TINGGI PELANA: 787mm
WARANTI: 5-tahun (perbatuan tanpa had)

GALERI

SUMBER: VisorDown

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motosikal, motosikal elektrik, motosikal EV, roda2, Zero Motorcycles, Zero SR/F

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev