• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Proton Persona Lama vs Facelift: Apa yang Baharu? Apa yang Berubah?

Proton Persona Lama vs Facelift: Apa yang Baharu? Apa yang Berubah?

February 25, 2019 By Han Othman Leave a Comment

5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON semalam mendedahkan foto rasmi Persona (2019) facelift dengan menampilkan beberapa pembaharuan rupa luaran dan ciri dalaman. Apa yang berubah? Apa yang baharu?

Peminat automotif dan pakar manipulasi foto, The Ajerul tampil membuat perbandingan berdasarkan tiga gambar rasmi (depan, belakang dan kabin depan) dengan menggunakan sudut posisi yang sama.

Persona generasi kedua dalam bentuk serba baharu melakukan debut pada 2016, dibina berasaskan platform Iriz yang diperkenalkan lebih awal, 2014. Model 2019 ini ialah versi facelift pertama untuk Persona generasi kedua.

BACA >>> Foto Proton Persona (2019) Facelift Didedahkan, Siap Ada Arahan Suara 'Hi Proton'!

Sekarang, kami akan ulas perubahan ditampilkan Persona (2019) facelift berpandukan foto perbandingan dibuat TheAjerul. Boleh klik untuk zum dan skrol ke tepi untuk memudahkan bacaan.

1. Rupa depan berubah sepenuhnya, digantikan gril signatur 'Infinity Weave' dalam frem krom bentuk busur 'Ethereal Bow'. 2. Lampu kabus biasa digantikan jenis LED. 3. Rim baharu 8 jejari. 4. Cermin sisi masih sama.
1. Rekabentuk lampu belakang masih sama. 2. Kemasan krom digantikan tulisan 'P R O T O N' sepanjang pintu but. 3. Lid bampar turut berubah yang kali ini menutup seluruh bahagian bawah bampar 5. Lampu kabus belakang masih di tengah. 6. Tiada lagi perkataan VVT. 7. Spoiler lebih kecil.
Unit infotainment dengan skrin sentuh berwarna sepenuhnya. 2. Warna butang kawalan penyaman udara berubah kepada putih. 3. Frem konsol audio dan ventilator nampak lebih gelap.
1. Rekabentuk stereng masih sama, tapi Persona baharu dipasangkan kulit lelubang pada kawasan genggaman. 2. Grafik baharu untuk spidometer dan takometer. 3. Ada Paparan Multiinfo (MID) warna penuh. 4. Butang kawalan 'Mode' di kanan stereng digantikan dengan butang 'Voice Command' untuk arahan suara 'Hi Proton'.
1. Tombol gear baharu, sama seperti X70. 2. Kemasan upholsteri baharu jenis bertekstur.

Related

5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Facelift, Proton, Proton Persona (2019) Facelift, Roda4, Sedan, sedan segmen-B, sedan subkompak, the ajerul

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev