• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peugeot 208 (2019) Serba Baharu yang Tampil Garang dan Montok dengan Cakar Singa

Peugeot 208 (2019) Serba Baharu yang Tampil Garang dan Montok dengan Cakar Singa

February 27, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA minat sudah terarah kepada kereta Eropah, perkara yang kerap bermain dalam fikiran ialah harga lebih tinggi berbanding kereta Asia seperti Jepun dan Korea Selatan. Setakat ini kereta Asia (kecuali Proton dan Perodua) paling rendah boleh dimiliki ialah Kia Picanto, berharga RM50,000.

Bagaimana pula kereta Eropah? Adakah yang mampu menyaingi harga kereta Asia? Sebenarnya, ada beberapa model Eropah yang mampu menyaingi paras harga kereta Asia, antaranya Peugeot 208.

BACA >>> Peugeot 208 GTi (2017) Kini Lebih Kuasa, Kelajuan Maksimum Cecah 230kmj!

Peugeot 208 sudah lama menarik pengguna tempatan pada harga rendah sejak menggunakan nama Naza Bestari (Peugeot 206) lagi. Model subkompak hatchback ini dilancarkan di Malaysia sejak 2013 pada harga permulaan RM85,888.

Kemudian, famili 208 terus popular dengan pelbagai varian seperti 208 GTI dan terkini 208 PureTech. Kini, selepas masuk tahun kelima, nampaknya 208 bakal digantikan model baharu. Sempena Pameran Kenderaan Antarabangsa Geneva (GIMS) 2019, pada Mac depan, Peugeot bakal mempamerkan 208 generasi baharu.

Dari gambar diberikan, Peugeot 208 serba baharu ini kekal comel dan kompak. Menariknya, ia meninggalkan terus rekabentuk 208 generasi pertama.

Jika model lama dulu tampil dengan garis badan elegan dan identiti lampu bentuk huruf C, sebaliknya Peugeot 208 generasi kedua pula tampil montok ala 206 dahulu. Tiada lagi lampu belakang C yang kali ini digantikan lampu depan bertaring ala Peugeot 508 baharu. Malah, selain enjin petrol dan diesel, 208 baharu juga bakal memperkenalkan trenkuasa elektrik 100 peratus.

Berikut Fakta Tentang Peugeot 208 (2019)

  • Bahagian depan tampil ekspresif melalui gril krom besar dan lampu dengan kuku atau cakar singa.
  • 30kg lebih ringan berbanding model terdahulu.
  • Ada 3 varian enjin petrol 3-silinder 1.2L: PureTech 75 S&S (MT 5-kelajuan), PureTech 100 S&S (MT 6-kelajuan/AT 8-kelajuan) dan PureTech 130 S&S (AT 8-kelajuan).
  • Ada 1 pilihan enjin diesel: 1.5L BlueHDi 100 S&S (MT 6-kelajuan).
  • Model EV, e-208 dilengkapi motor elektrik 100kW dan bateri 50kWh serta boleh dipandu sejauh 339.6km (WLTP) dengan cas penuh.
  • Waranti bateri 8 tahun dan waranti pengilang sejauh 160,934km.
  • Dilengkapkan teknologi bantuan pemanduan seperti Kawalan Jejalah Adaptif Henti-Gerak (ACC Stop & Go) dengan lalu lintas bawah 30kmj.
  • Ada ciri Bantuan Posisi Lorong (LPA), Bantuan Parkir Automatik, Bantuan Brek Kecemasan Automatik (AEB), Bantuan Kekal Lorong Aktif (Active LKA), Pantauan Perhatian Pemandu (DAM), Pengecaman dan Rekomendasi Had Laju (SLRR), Pantauan Titik Buta Aktif (Active BSM), brek parkir elektrik (EPB).
  • Kabin dilengkapi PEUGEOT 3D i-Cockpit® baharu dengan paparan dongak (HUD) boleh ubah dan skrin sentuh kapasitif warna definisi tinggi (HD) 7 dan 10 inci.
  • Maklumat pemanduan pada panel instrumen digital 3D boleh dipancarkan hologram melalui skrin sentuh warna.
  • Ruang dalaman diserikan 8 pilihan warna LED.

Selepas pameran di Geneva, tempahan Peugeot 208 baharu untuk pasaran Eropah akan dibuka dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Bagi pasaran Malaysia pula, kemungkinan 208 serba baharu ini akan dibawa masuk tahun depan. Jika mengikut trend lalu pada 206 dan 207 SV, pemasangan 208 akan dibuat di kilang milik NAZA di Gurun, Kedah, sekali gus bakal menjadikan model subkompak itu mampu milik yang setara model pesaing lain.

BACA >>> #PanduUji: Peugeot 508 (2019), Bukan Lagi Sedan 'Orang Tua'

GALERI

PEUGEOT 208:

Peugeot 208.01
Peugeot 208.02
Peugeot 208.03
Peugeot 208.04
Peugeot 208.05
Peugeot 208.06
Peugeot 208.07
peugeot-2018-2019-geneva-8

PEUGEOT e-208

Peugeot e-208.01
Peugeot e-208.02
Peugeot e-208.03
Peugeot e-208.04
Peugeot e-208.05
Peugeot e-208.06

Related

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: hatchback, hatchback subkompak, Peugeot, Peugeot 208, Peugeot 208 (2019), Peugeot e-208, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev