• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PETRONAS Lancar Bengkel Motosikal Bergerak Pertama Di Malaysia

PETRONAS Lancar Bengkel Motosikal Bergerak Pertama Di Malaysia

February 25, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Bengkel Motosikal Bergerak Petronas SprintaBERITA baik buat semua pemilik motosikal di Malaysia. PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB), anak syarikat Petronas Dagangan Berhad (PDB) memperkenalkan bengkel motosikal bergerak pertama di Malaysia.

Diuruskan barisan mekanik profesional, bengkel motosikal bergerak yang berasaskan konsep cepat dan santai itu bakal menjelajah seluruh semenanjung Malaysia bagi memberikan khidmat penukaran minyak pelincir PETRONAS Sprinta buat pemilik motosikal.

Bengkel motosikal bergerak yang diubahsuai dari kontena 20 kaki itu juga diberi suntikan imej trendy dan bergaya selain mahu memberikan suasana santai sementara menunggu motosikal mereka siap.

Bagi penukaran minyak pelincir PETRONAS Sprinta, ia hanyalah mengambil masa kurang dari 10 minit dan secara tidak langsung mampu menjimatkan masa pemilik motosikal.

BACA >>> Kelibat Yamaha Y15ZR Versi Monster Energy (2019) Dilihat di Malaysia?

Bengkel Motosikal Bergerak Petronas SprintaMENANG YAMAHA R6 & Y15ZR

Dalam pada itu, PETRONAS turut melancarkan peraduan ‘PETRONAS Sprinta Bonanza 2019’. Peraduan yang bermula 11 Mac hingga 30 September 2019 itu menawarkan hadiah bernilai lebih RM300,000 termasuklah hadiah utama beruapakan sebuah motosikal Yamaha R6 edisi pasukan MotoGP PETRONAS YAMAHA SRT.

Selain itu, PETRONAS turut menyediakan hadiah kedua iaitu Yamaha R25 dan Yamaha Y15ZR sebagai hadiah bulanan. Pelbagai hadiah eksklusif premium PETRONAS Sprinta turut disediakan.

Caranya mudah, hanya pembelian mininum RM25 bagi mana-mana produk PETRONAS Sprinta, anda perlu menjawab satu soalan mudah beserta maklumat diri ke nombor whatsapp yang terdapat pada resit. Begitu juga dengan resit pembelian yang perlu disimpan sebagai bukti sekiranya dipilih sebagai pemenang.

Maklumat lanjut mengenai jadual bengkel bergerak motosikal PETRONAS Sprinta dan peraduan ‘PETRONAS Sprinta Bonanza 2019’, layari www.mymesra.com.my

BACA >>> Naik Kelas 250cc, Pilih Enjin 1-Silinder atau 2-Silinder? Apa yang Berbeza?

GALERI

Bengkel Motosikal Bergerak Petronas Sprinta
Bengkel Motosikal Bergerak Petronas Sprinta
Bengkel Motosikal Bergerak Petronas Sprinta
Bengkel Motosikal Bergerak Petronas Sprinta
Bengkel Motosikal Bergerak Petronas Sprinta
Bengkel Motosikal Bergerak Petronas Sprinta
Bengkel Motosikal Bergerak Petronas Sprinta

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bengkel motosikal bergerak, Bengkel Motosikal Bergerak Petronas, minyak pelincir Petronas Sprinta, PETRONAS Sprinta Bonanza 2019, tukar minyak hitam, tukar minyak pelincir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev