• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / Lepas Pandu Uji, Inilah Pandangan Abang Mengenai Toyota Vios (2019)

Lepas Pandu Uji, Inilah Pandangan Abang Mengenai Toyota Vios (2019)

February 23, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

841
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Pandu Uji Toyota Vios 2019MODEL sedan segmen-B paling popular, Toyota Vios (2019) versi facelift sudahpun dilancarkan secara rasmi awal tahun ini. Sudah pasti abang bersama rakan media lain turut tidak ketinggalan mahu memandu ujinya. Untuk itu, abang telah dijemput bagi memandu uji Toyota Vios (2019) ke Desaru, Johor Bahru, baru-baru ini.

Didatangkan dalam tiga varian; Vios 1.5J, Vios 1.5E dan Vios 1.5G, ia jual pada harga bermula RM77,200 sehingga RM87,300. Jika dibandingkan dengan versi sedia ada, boleh dikatakan hampir keseluruhan bahagian luaran diberi nafas baru bagi menjadikan ia tampak lebih sporty dan menarik.

SEKALI TENGOK LAWA, 2 KALI TENGOK MACAM...

Abang melihat penampilan Toyota Vios (2019) ini nampak lebih mesra kepada anak-anak muda. Ia diserlahkan dengan ciri lampu depan berserta lampu siang (DRL) LED dengan ciri follow-me-home dan rim aloi 16 inci (untuk varian 1.5G sahaja), manakala rupa belakang diserlahkan dengan lampu kombi LED.

Tetapi, saiz bahagian belakang nampak seakan lebih kecil berbanding versi sedia ada. Mungkin lampu belakang baru menjadikan ia nampak lebih kecil. Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pandangan abang.

Manakala perubahan paling ketara pada Toyota Vios (2019) ialah ruang kabin. Papan pemuka dan panel instrumen direka baru dan begitu juga kemasan baharu untuk upholsteri. Bahagian konsol tengah tampil serba baru dan ditambahh dua slot pengecas USB di belakang.

Keselesaan penumpang dipertingkat menerusi lampu kabin dan ruang but luas serta sistem kawalan penyaman udara automatik untuk semua varian.

Manakala varian paling lengkap, 1.5G menerima meter Optitron berwarna dengan paparan multiinfo dan sistem infotainmen 6.8 inci DVD-AVX dengan ciri USB. Ciri standard lain termasuk kemasan kulit, cermin pandang belakang elektrokromik dan suis mod pemanduan.

BACA >>> #PanduUji: Proton X70 yang Bukan Bishe Bishe

BAB KESELAMATAN ABANG SALUTE

Paling abang hargai ialah faktor keselamatan. Tanpa rasa kedekut, kesemua varian Toyota Vios (2019) didatangkan dengan 7 beg udara SRS, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Kawalan Bantuan Mula Daki (HSA).

Faktor keselamatan dipertingkat lagi dengan ciri tambahan seperti Pemantauan Titik Buta (BSM), Monitor Pandangan Panorama (PVM), Perakam Video Digital Depan (FDVR) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA). Paling penting, harga masih kekal sama walaupun ciri keselamatan dipertingkatkan pada Toyota Vios (2019).

Persoalannya, mampukah Toyota Vios (2019) cabar Honda City, Mazda2 atau Nissan Almera a.k.a Cik Mera. Jom saksikan video pandu uji Toyota Vios (2019) abang bersama Erywan dari Drebar.my ke Johor Bahru. Sebarang kecaman dialu-alukan 🙂

BACA >>> Lepas Pandu Uji Lebih 250km, Ini Pandangan Abang Tentang Mitsubishi Triton (2019)

GALERI

Pandu Uji Toyota Vios 2019

Related

841
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: 2019 toyota vios, Honda City, Mazda2, Nissan Almera, Pandu uji Toyota Vios (2019), pencabar Toyota Vios (2019), top speed Toyota Vios (2019), Toyota Vios (2019), Toyota Vios (2019) test drive, toyota vios baru

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my