Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Menjawap Persoalan Ya atau Tidak Kos Senggara Kereta Terpakai Tinggi?
Autotainment

Menjawap Persoalan Ya atau Tidak Kos Senggara Kereta Terpakai Tinggi?

Han OthmanBy Han Othman14/11/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUSULAN artikel mengenai kos sara kereta sebenar (baca: SINI), ada pembaca membangkitkan persoalan, bukankah kos senggara kereta terpakai lebih tinggi berbanding kereta baharu? Tidakkah kos yang dibelanjakan antara kereta baharu dan terpakai lebih kurang sama saja?

Bahasa mudahnya, betul, pemilik kereta terpakai bayar ansuran bulanan murah (atau beli tunai), tetapi mereka perlu berbelanja lebih kepada hal-hal penyenggaraan pula. Silap haribulan, sama saja jumlah bajet itu dengan bayar bulan kereta baharu.

Persoalannya, betulkah kos senggara kereta terpakai lebih tinggi? Dalam isu ini, ada dua jawapan yang boleh dipertimbangkan pembaca, iaitu YA (mahal) dan TIDAK (murah) seperti di bawah:

  1. YA, jika dia jurujual kereta baharu (yang mahu jual kereta baharu kepada anda). Dan TIDAK, jika dia jurujual kereta terpakai (yang mahu jual kereta terpakai kepada anda).
  2. YA, jika dia pemilik kereta terpakai yang bermasalah (selalu keluar masuk bengkel). Dan TIDAK, jika dia pemilik kereta terpakai yang tidak bermasalah.
  3. YA, jika dia penasihat kewangan berasaskan banyak kes bangkrap disebabkan hutang pinjaman kenderaan. Dan TIDAK, jika dia ejen penjual kereta yang melihat tempoh waranti sebagai jaminan reliabiliti produk kerana kurang kos baik pulih.
  4. YA, jika dia kurang wang. Dan TIDAK, jika banyak wang.
  5. YA, jika dia malas ambil pusing pasal kerenah kereta (cukup mileage atau ada masalah terus hantar pusat servis). Dan TIDAK, jika dia pandai cari kedai alat ganti dan bengkel murah serta tahu sedikit sebanyak pasal kerenah kereta.
  6. YA, jika dia mudah percaya cakap-cakap orang tanpa selidik. Dan TIDAK, jika dia tidak mudah percaya cakap-cakap orang, tetapi selidik dulu.
  7. YA, jika dia guna kereta kaw-kaw (ulang alik jarak jauh, rentas negeri, kerja berat). Dan TIDAK, jika dia jarang bawa kereta (cuma hari minggu atau balik kampung) atau seperti pemandu lain (ulang alik pergi kerja jarak dekat). Buat apa bayar lebih kalau kereta dibiarkan di parkir saja?

kereta-terpakai

Harap poin-poin di atas dapat menjawab persoalan anda. Risikonya tetap ada tidak kira sama ada anda membeli kereta terpakai atau baharu. Mungkin ada berpendapat kereta terpakai lebih berisiko rosak berbanding kereta baharu, tetapi bukankah semua risiko tersebut dapat diminimumkan?

autotainment Kereta terpakai kereta terpakai berbaloi kereta terpakai vs kereta baharu kos senggara kereta terpakai
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Berharga RM399,990, SUV 7-Kerusi dengan Enjin V6 3.0L

10/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.