• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Toyota FT86 Iron Man yang Ditala untuk Berlumba

#BikinKereta: Toyota FT86 Iron Man yang Ditala untuk Berlumba

February 26, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUPRA dan AE86 (hanya menyebut beberapa nama) ialah model yang cukup sinonim dan ikonik dengan Toyota. Tetapi tahukah anda model FT86? Model itu, yang diambil daripada AE86, memiliki rekabentuk berbeza daripada versi asli.

Ruangan #BikinKereta kali ini mengetengahkan kereta lumba daripada JR Speed Racing Team yang digunakan dalam Siri Perlumbaan MSF. Sebenarnya tidak banyak yang diubah pasukan mekanik pasukan itu kerana kuasa enjin boxer 2.0L sudah pun mencukupi.

BACA >>> #BikinKereta: Toyota Supra 2JZ yang Masih Bergetah Seperti Mak Dara

Kemas kini enjin FT86 yang dibuat ialah memasang ekzos full-system Tomei dan K&N Open Pod supaya sistem ambilan udara lebih lancar. Bagi mendapatkan talaan lebih baik, enjin dipadankan unit kawalan elektronik (ECU) EcuTech, manakala kuasa yang terhasil disalurkan kepada kotak gear manual sebelum dihantar ke roda.

Toyota FT86 Iron Man-21
Toyota FT86 Iron Man-8
Toyota FT86 Iron Man-23

Sebagai jentera lumba, operasi membrek cukup penting, jadi pemilik FT86 ini memilih pad brek Project U utnuk keempat-empat roda. Bahagian badan jentera disokong suspensi aftermarket yang ditala Fawster untuk mendapatkan pengendalian lebih mantap.

Ruang dalaman pula dilengkapi set lengkap kerangka oleh @ rollcage yang memenuhi standardspesifikasi Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), kerusi lumba Sparco, tali keledar dan stereng OMP. Atas papan pemuka diikat kemas meter Defi A1. Luaran masih mengekalkan rupa sebuah FT86 asal dan ditambah difuser depan.

BACA >>> Toyota Supra (2020) Akhirnya Debut di Detroit, Lihat 71 Foto Menarik

Akhir sekali, rim Rays CE28 yang dibaluti tayar Hankok RS4  bagi melengkapkan lagi personaliti FT86 sebagai sebuah jentera lumba.

SPESIFIKASI

TOYOTA FT86

MODIFIKASI ENJIN: Sistem Ekzos Full-System Tomei oleh K1 Exhaust Specialist, K&N Open Pod
TRANSMISI: Manual
SUSPENSI & CASIS: Talaan kustom Jepun daripada Fawster
SISTEM BREK: Projek U pad
DALAMAN: Rollcage FIA, kerusi Sparco, tali keledar OMP, stereng OMP, Defi A1
LUARAN: Talaan kereta trek

Teks: Faizal Shift
Foto: Kenny Yeoh@eosguy

GALERI

Related

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinkereta, kustom, Modifikasi, Toyota, Toyota 86, Toyota AE86, Toyota FT86, Toyota Supra, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev