• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 5 Fakta Pantas: Nissan Livina (2019) Lancar di Indonesia, ke Malaysia Tahun Ini (Mungkin)

5 Fakta Pantas: Nissan Livina (2019) Lancar di Indonesia, ke Malaysia Tahun Ini (Mungkin)

February 20, 2019 By Han Othman 1 Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS tersebar foto intip di Indonesia minggu lalu, Nissan Livina (2019) serba baharu akhirnya dilancarkan. Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dibina berasaskan platform sama yang dikongsi bersama Mitsubishi Xpander pada harga bermula Rp198.8 juta (RM57,474).

Kehadiran Livina di Indonesia bakal berentap dengan banyak MPV pesaing lain seperti Toyota Avanza, dan Daihatsu Xenia termasuk produk rakan pakatan, Xpander.

BACA >>> #Spyshot: Nissan Grand Livina (2019) Dikesan di Indonesia, Guna Platform Xpander

Jadi apa yang menarik tentang MPV Nissan baharu ini?

1. ENJIN 1.5L (102hp, 141Nm)

Livina (2019) dijana enjin 4 silinder sebaris, 16 injap, 1499cc DOHC dengan teknologi Twin VTC (Variable-Valve Timing Control) berkuasa 103hp @ 6,000rpm dan tork 141Nm @ 4,000rpm dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan.

2. PILIHAN 5 VARIAN, HARGA BERMULA Rp57k

Ada 5 varian diperkenalkan untuk Livina (2019):

  • 1.5 E MT - Rp198.8 juta (RM57,474)
  • 1.5 EL MT - Rp223 juta (RM64,528)
  • 1.5 EL AT - Rp233 juta (RM67,422)
  • 1.5 VE AT - Rp249.9 juta (RM72,353)
  • 1.5 VL AT - Rp261.9 juta (RM75,827)

3. REKABENTUK ELEGAN DYNAMIC SHIELD

Walaupun dibina berasaskan platform sama seperti Xpander, tetapi Livina jelas tampil dengan rekabentuk tersendiri yang berbeza berbanding MPV lawan itu. Paling ketara ialah rekabentuk falsafah Dynamic Shield, dapat dilihat menerusi gril signatur V-Motion yang bersatu dengan lampu siang (DTRL) LED pada sisi bonet, manakala lampu utama diposisikan pada sudut bampar. Rim aloi 16 inci diberikan jika memilih varian paling premium, VL, manakala varian lain mendapat rim 15 inci (rim besi untuk E, paling asas).

BACA >>> 16 Fakta Pantas - Mitsubishi Xpander (Versi Indonesia) + 61 Foto Dalaman, Luaran

Lampu kabus pula ditempatkan paling bawah, pada lid bampar. Semua lampu berada pada posisi sama seperti Xpander, cuma rekabentuk berbeza. Jika rupa depan Xpander nampak sangat radikal dan futuristik, sebaliknya rekabentuk fasia Livina lebih elegan.

4. DALAMAN PRAKTIKAL

nissan-livina-2019-indonesia-11
nissan-livina-2019-indonesia-14
nissan-livina-2019-indonesia-13
nissan-livina-2019-indonesia-15
nissan-livina-2019-indonesia-16
nissan-livina-2019-indonesia-12

Selain menawarkan pelbagai konfigurasi tempat duduk praktikal, Livina juga memiliki banyak ruang simpanan dalaman di belakang kerusi, bawah kerusi, laci glove box, konsol tengah dan but. Sistem hiburan dilengkapkan unit infotainment skrin sentuh 7 inci (VL dan VE) dengan konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay, Bluetooth, dan USB. Varian lain dipasangkan unit stereo 2-DIN (kecuali E).

Sistem penyaman udara untuk ruang depan dan belakang, pasti berita gembira buat pembeli Malaysia jika Edaran Tan Chong Motor (ETCM) membawa masuk MPV ini ke pasaran tempatan.

5. CIRI MODEN DENGAN NISSAN INTELLIGENT MOBILITY

nissan-livina-2019-indonesia-21
nissan-livina-2019-indonesia-20
nissan-livina-2019-indonesia-19
nissan-livina-2019-indonesia-22
nissan-livina-2019-indonesia-23

Nissan Intelligent Mobility ialah pakej ciri keselamatan moden yang dilengkapkan pada Livina versi premium, terdiri daripada:

  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Butang Mula-Henti (Stop-Start)
  • Kunci pintar i-Key

Ciri lain ialah palam USB di setiap baris tempat duduk, manakala ciri stereng teleskopik (depan-belakang) dan condong (atas-bawah) membolehkan ia dilaraskan mengikut kesesuaian posisi memandu. Jika memilih varian premium, pembeli diberikan kamera pandang belakang (RVM) dan sensor parkir. Ciri keselamatan asas untuk semua varian ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD).


KE MALAYSIA TAHUN INI?

Jika Livina (2019) baharu ini, itu tidak pasti lagi. Tetapi apa yang dapat kami sahkan ialah Mitsubishi Xpander yang memang akan dilancarkan di Malaysia tahun ini. Jadi, peminat Nissan kenalah banyak bersabar ok. Hmm...

GALERI

SUMBER: Nissan.co.id

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Indonesia, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, MPV Indonesia, Nissan, Nissan Livina (2019)

Comments

  1. ka si says

    March 10, 2019 at 1:53 AM

    I hope in Malaysia, I love Nissan livina the new one❤❤❤

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev