• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / LEGO Volkswagen T2 Saiz Sebenar, Siap Bumbung Boleh Buka dan Pintu Gelungsur

LEGO Volkswagen T2 Saiz Sebenar, Siap Bumbung Boleh Buka dan Pintu Gelungsur

February 20, 2019 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS Bugatti Chiron dan Chevrolet Silverado di-LEGO-kan, kini giliran model ikonik, Volkswagen T2 pula dijadikan bentuk LEGO saiz sebenar dengan dimensi 5 meter panjang, 1.8 meter lebar dan hampir 2 meter tinggi. Bumbung juga boleh dibuka untuk tambahan lagi 73.6sm.

Volkswagen T2 versi LEGO ini dibina daripada 400,000 bongkah plastik dengan berat keseluruhan 700kg dan mengambil masa enam minggu untuk disiapkan hasil sentuhan tangan pakar LEGO dunia, Rene Hoffmeister.

BACA >>> LEGO Chevrolet Silverado 1500 Saiz Penuh Ini Ambil Masa 2,000 Jam untuk Disiapkan

“Asalnya, kami perlukan sembilan hari seminggu, tetapi memang hari itu tidak wujud, pilihan yang ada ialah syif malam," kata Hoffmeister.

Segala tentang LEGO Volkswagen T2 diperincikan bagi memastikan struktur binaan stabil daripada puluhan ribu bongkah transparen untuk tingkap, hingga badan sisi yang rigid, bumbung pop-up Westfalia, pintu gelungsur dan kemasan dalaman.

Kini LEGO Volkswagen T2 berjaya disempurnakan dan akan ditayangkan di acara santai dan kembara, F.RE.E di Munich, Jerman pada 20 hingga 24 Februari ini. Pengunjung juga boleh membandingkan model LEGO dengan versi asal yang turut dipamerkan bersama.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Autotainment, Roda4 Tagged With: aksesori, autotainment, LEGO, LEGO Volkswagen T2 Bulli Camper, Permainan, Van, Volkswagen T2 Bulli Camper

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my