• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi Delica D:5 (2019) Rasmi di Pasaran dengan Kemas Kini Lebih Moden

Mitsubishi Delica D:5 (2019) Rasmi di Pasaran dengan Kemas Kini Lebih Moden

February 19, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGHUJUNG 2018, Mitsubishi mengembalikan semula Delica yang dikemas kini lebih moden dan ditayangkan kepada umum. Delica D:5 dibina berasaskan Delica Concept dengan membawa gaya penampilan trak pikap Triton dan Pajero Sport.

Terkini, Mitsubihi Motors Corporation (MMC) mengumumkan van Delica D:5 baharu pada harga bermula daripada ¥3,842,640 - ¥4,216,320 (RM142,097-RM155,915), dan model ini untuk pasaran Jepun sahaja.

BACA >>> Kajian: Van Komersial Bawa Muatan Berat Pun Perlukan Lebih Jarak Berhenti

Walaupun sudah 50 tahun di pasaran, Delica masih lagi mengetengahkan rekabentuk bersegi dengan mendapat kemasan lebih moden. Antara ciri moden diperkenalkan ialah  lampu depan LED dengan lampu siang (DRL) menegak. Fasia depan tampil dengan bahasa rekabentuk Dynamic Shield bersama rekabentuk gril baharu, manakala lampu kabus diposisikan di hujung bampar depan.

MITSUBISHI DELICA D:5-6
MITSUBISHI DELICA D:5-1
MITSUBISHI DELICA D:5-5

Di bawah bonet ialah enjin 2.2L DI-D turbodiesel berkuasa 170hp dan tork 392Nm. Hantaran kuasa lancar ke empat roda disalurkan menerusi transmisi automatik 8-kelajuan yang dipadankan tiga mod pacuan: 2WD, 4WD dan Lock. Ada dua pilihan varian ditawarkan: Delica D:5 dan Delica D:5 Urban Gear.

BACA >>> Mitsubishi Triton (2019) Lebih Seksi dan Garang Kini di Malaysia, Harga Bermula RM100k

Dalam kabin tersedia enam kerusi penumpang dalam tiga baris tempat duduk. Bahagian depan dihidangkan rekabentuk papan pemuka serba baharu dengan skrin sentuh di tengah. Di bawah papan pemuka ialah kawalan penyaman udara, mod pacuan dan konsol gear. Selain perubahan kosmetik, Mitsubishi turut melengkapi Delica D:5 baharu dengan sistem bantuan pemanduan e-Assist seperti sistem Mitigasi Perlanggaran Depan (FCM).

GALERI
MITSUBISHI DELICA D:5-1
MITSUBISHI DELICA D:5-2
MITSUBISHI DELICA D:5-3
MITSUBISHI DELICA D:5-4
MITSUBISHI DELICA D:5-5
MITSUBISHI DELICA D:5-6
MITSUBISHI DELICA D:5-7
MITSUBISHI DELICA D:5-8
MITSUBISHI DELICA D:5-9
MITSUBISHI DELICA D:5-11
MITSUBISHI DELICA D:5-13
MITSUBISHI DELICA D:5-10
MITSUBISHI DELICA D:5-12

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Mitsubishi, Mitsubishi Delica, Mitsubishi Delica D:5, Mitsubishi Motors Corporation (MMC), MPV, Roda4, Van

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev