• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Bakal Perkenal Skuter Maksi 150cc Harga RM4.5k Sahaja, Malaysia dalam Radar?

TVS Bakal Perkenal Skuter Maksi 150cc Harga RM4.5k Sahaja, Malaysia dalam Radar?

February 19, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KHABAR dari India. TVS Motor Company dikatakan sedang menyiapkan skuter maksi 150cc yang bakal dilancarkan penghujung tahun ini. Walaupun cuma spekulasi, seorang pereka grafik, Shoeb R Kalania mengambil inisiatif menghasilkan model bayangan skuter tersebut, yang digelar TVS NTorq 150.

Skuter TVS NTorq 150 dibina berasaskan model konsep skuter maksi, TVS Entorq 210 yang ditayangkan sempena Auto Expo 2014. Model bayangan itu dihasilkan dengan menggabungkan rekabentuk Entorq 210 Concept dan TVS Ntorq 125.

BACA >>> Rajiv Bajaj: Royal Enfield Buat Skuter, Baru Kita Buat!

KONGSI KOMPONEN NTORQ 125

tvs-ntorq-125-1
tvs-ntorq-125-2
tvs-ntorq-125-3
tvs-ntorq-125-4

NTorq 150 ialah model skuter perdana yang bakal ditawarkan TVS. Jika NTorq 125 (gambar atas) ialah skuter sporty, si abang NTorq 150 pula lebih kepada skuter santai ergonomik dengan posisi kaki ke depan. Selain rekabentuk itu, NTorq 150 bakal didatangkan dengan palam pengecas telefon pintar dan penghidup tanpa kunci (keyless entry). Difahamkan juga, skuter tersebut akan menggunakan komponen NTorq 125 seperti pedal gear, spidometer dan bar hendal.

Selain itu, NTorq 150 dikatakan akan dilengkapi dengan konsol instrumen digital dengan sistem sambungan pintar yang menyokong integrasi telefon pintar menerusi Bluetooth serta navigasi. NTorq 150 juga khabarnya akan menggunakan fork teleskopik konvensional.

BACA >>> TVS Apache RTR 200 4V Kini di Malaysia, RM10,950 - Mampukah Cabar Modenas Pulsar NS200?

BAKAL JADI PRODUK GLOBAL

tvs-150-concept-1
tvs-150-concept-2
tvs-150-concept-3
tvs-150-concept-4

TVS ENTORQ 210 CONCEPT

Skuter ini akan dijana enjin silinder tunggal 150cc penyejukan udara dengan suntikan bahan api serba baharu dan dipadankan transmisi CVT dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Dikategorikan sebagai produk premium, skuter itu dijangka dijual pada harga sekitar ₹80,000 (RM4,577). Menariknya, ia bakal diperkenalkan di beberapa pasaran antarabangsa.

Adakah Malaysia ialah salah satu negara yang menjadi destinasi skuter maksi itu? Tidak mustahil kerana pasaran Malaysia sendiri sudah ada pengedar rasmi TVS, iaitu Daju Motors Sdn Bhd yang kini sudah sedia membawa masuk TVS Apache RTR 200 4V sebagai permulaan tahun lalu.

BACA>>>Yamaha Indonesia Perkenal Aksesori Menarik untuk Skuter Maksi Tonggek, Lexi

Kehadiran skuter itu pasti memeriahkan lagi pasaran skuter maksi 150cc yang ketika ini dimonopoli Yamaha, Honda dan SYM.

Lakaran imej bayangan skuter maksi TVS NTORQ 150.

SUMBER: IndianaAutosBlog

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Daju Motors Sdn Bhd, roda2, skuter, skuter maksi, skuter maxi, TVS Motor Company, TVS NTorq 125, TVS NTorq 150

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev