PELAKSANAAN regulasi emisi BSVI di India bakal menjadikan masa depan enjin diesel samar di negara itu, terutama dalam industri pengeluaran kenderaan massa. Malah, Suzuki yang memegang 56.2 peratus saham Maruti Suzuki kurang berminat mahu meneruskan pengeluaran enjin diesel selepas pelaksanaan BSVI.
Sumber mendakwa Suzuki mahu menghentikan pengeluaran kereta diesel dan keputusan itu dijangka memberi kesan besar terhadap jualan kenderaan jenama itu di India. Ia juga menghalang sasaran pertumbuhan jualan tahunan sebanyak 2 juta unit menjelang 2020.
BACA >>> Suzuki Swift - Raja Kereta India, Terjual 100k Unit Tidak Sampai 5 Bulan!
MAHU BERALIH KEPADA CNG
Suzuki dikatakan mahu beralih kepada enjin gas asli termampat (CNG), dan ini ditambah pula sokongan Kerajaan terhadap teknologi tersebut. Jadi, memang rasional sekiranya Suzuki menjadi antara pengeluar terawal merebut peluang berkenaan. Sekiranya segalanya berjalan seperti dirancang, India akan memiliki 10,000 stesen CNG dalam tempoh 10 tahun akan datang meliputi separuh wilayah negara tersebut.
Namun, Maruti menentang keputusan Suzuki mahu menghentikan enjin diesel dan beralih kepada CNG. Ini kerana ia boleh menjejaskan jualan dan matlamat jangka pendek dan pertengahan. Pemberhentian enjin diesel 1.3L yang dibangunkan Fiat menjelang 2020 akan memberi kesan kepada prestasi pasaran tahun depan.
BACA >>> Volkswagen Bakal Hentikan Kenderaan Diesel di Australia, Tiada Kaitan Skandal Diesel
MARUTI BANGUNKAN ENJIN DIESEL BAHARU
Walapun tiada perancangan menggantikan produk baharu untuk model popular Swift, Baleno dan Dzire, Maruti sebenarnya sudah membangunkan enjin diesel 1.5L (E15A) serba baharu yang akan digunakan model Ciaz dan Ertiga, bulan ini.
Vitara Brezza dan S-Cross juga akan menerima enjin tersebut dalam versi kemas kini yang mematuhi regulasi BSVI sekitar penghujung tahun ini. Khabarnya, Maruti berdepan beberapa masalah teknikal dalam membangunkan enjin diesel berkenaan.
SUMBER: IndianAutosBlog
Leave a Reply