• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Sudah Ada Lakaran Motosikal Elektrik Sempurna, Cuma Tunggu Masa Sesuai

Ducati Sudah Ada Lakaran Motosikal Elektrik Sempurna, Cuma Tunggu Masa Sesuai

February 14, 2019 By Aryon Leave a Comment

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI bakal menghasilkan motosikal elektrik 'untuk masa depan' dan salah satu daripadanya kini sedang dibikin, menurut Ketua Inovasi Ducati, Pierluigi Zampieri.

Sama seperti pengeluar automotif lain, penghasilan motosikal elektrik sememangnya ada dalam rancangan masa depan Ducati, tetapi masih sukar menentukan hala tuju sebenar segmen baharu itu.

"Kami masih menghasilkan motosikal pengeluaran dengan sasaran untuk jadi yang terbaik atas trek, tetapi kesukaran (motosikal) elektrik ialah kompromi antara berat dan prestasi atau jarak.

"Hari ini, keseluruhan pakej tidak bagus seperti yang kami mahukan kerana ketumpatan tenaga yang disimpan tidak cukup tinggi. Cabaran utama, secara teknikal, ialah mencapai sasaran prestasi dan berat," kata Zampieri.

BACA >>> Ducati Tayang Seragam Jentera MotoGP 2019 Serba Baharu

PENTINGKAN KESENIAN BUATAN

Menurutnya, Ducati ialah pengeluar yang biasanya mementingkan kesenian dalam pembikinan motosikal. Masalahnya, adakah sekarang masa yang sesuai? Motosikal elektrik mempunyai pasaran yang kecil dan Ducati masih cuba memahami bilakah pengeluar itu bersedia untuk inovasi tersebut.

Masalah motosikal elektrik sebenarnya tidak jauh berbeza dengan apa dihadapi Ducati beberapa tahun lalu apabila memutuskan menamatkan hayat superbike V-twin yang diwarisi sejak 50 tahun lalu menerusi pengenalan enjin V4. Namun reaksi peminat, enjin V4 tidak banyak berbeza dengan V-twin.

"Kami banyak berbincang tentang sama ada pelanggan kami menghargainya atau tidak. Sekarang kami buat perbincangan sama.

"Hari ini mereka mahu V4. Soalan utama, adakah mereka mahukannya esok, dan akan datang atau masih mahukannya? Suatu masa pelanggan Ducati akan bertanya tentang elektrik. Apa yang sukar ialah bila?

"Kita tahu berapa lama diperlukan untuk membangunkan jentera yang bagus. Kami sudah melukis apa yang dikatakan motosikal elektrik sempurna. Masalahnya, bilakah kami akan menghasilkannya?" kata Zampieri lagi.

SUMBER: MCN

Related

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Ducati, EV, Kenderaan Elektrik (EV), motosikal elektrik, Pierluigi Zampieri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev