• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Giliran Suzuki GSX-R1000 dapat Sentuhan Ilmberger Carbon

Giliran Suzuki GSX-R1000 dapat Sentuhan Ilmberger Carbon

February 14, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SUZUKI GSX-R1000 bukan satu-satunya jentera yang mendapat sentuhan pakar gentian karbon dari Jerman, Ilmberger Carbon. Sebelum ini, model superbike seperti Panigale V4 dan BMW R nine T Urban G/S turut pernah mendapatkan khidmat sama yang hasilnya memang mengagumkan.

Superbike Suzuki ini diberikan kemasa gentian karbon pada penutup alternator, pelindung rantai, kowl enjin, penutup klac, penutup frem, madgad depan dan belakang (hugger), pelindung tumit,  penutup swingarm, pelapik atas tangki dan pemegang plat.

BACA >>> Ilmberger Carbon Hasilkan 3 Versi Ducati Panigale V4 dengan Perincian Gentian Karbon Sempurna

Ada 17 komponen dan jika semua dibeli, harganya ialah €4,300 (RM17,483), ubah suai yang boleh dianggap mewah jika mengambil kira harga motosikal AS$17,000 (RM69,122), di Eropah.

Menggantikan bahagian asal dengan gentian karbon memang tidak dinafikan mampu menyerlahkan personaliti sesebuah motosikal. Paling ketara ialah dapat mengurangkan beberapa kilogram berat badan jentera itu, terutama pada penutup alternator dan klac di kedua-dua sisi yang menggunakan bahan logam.

Menurut Ilmberger, material gentian karbon yang digunakan juga kalis sinaran ultra-ungu. Ini dapat mengelakan bahagian yang terdedah menjadi kusam, termasuk mendapat piawaian alam sekitar dan lulus TUV dan ABE (SIRIM versi Jerman).

Dari jauh nampak biasa-biasa saja, kalau dekat memang nampak anggun bergaya!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: gentian karbon, Ilmberger, Ilmberger Carbon, Jerman, Pakar Gentian Karbon, superbike, Suzuki, Suzuki GSX-R1000

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev