• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Rogue Sport (2020) Kini Standard dengan Pakej Keselamatan Nissan Safety Shield 360

Rogue Sport (2020) Kini Standard dengan Pakej Keselamatan Nissan Safety Shield 360

February 12, 2019 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


NISSAN menghasilkan crossover popular, Rogue Sport (dipanggil Qashqai untuk pasaran Eropah dan Kanada) untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) dengan menambah beberapa ciri standard.

Antara perubahan penting ialah ciri Nissan Safety Shield 360, iaitu pakej teknologi bantuan pemandu termaju yang dibangunkan pengeluar automotif dari Jepun itu. Ia terdiri daripada ciri keselamatan seperti Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Amaran Tukar Lorong (LDW), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) dan banyak lagi.

BACA >>> SUV Nissan Paling Laris, Qashqai N-Motion Kini Tampil Lebih Menarik

Bagi Rogue Sport sedia ada, pakej keselamatan itu cuma disediakan untuk dua varian premium, SV dan SL, tetapi kini ditawarkan sebagai ciri standard semua varian untuk model terbaharu ini. Ini termasuk tambahan ProPILOT Assist, iaitu sistem Kawalan Jelajah Aktif (ACC) dengan kawalan lorong yang sebelum ini cuma ciri opsyen, termasuk konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto yang distandardkan bagi menambah baik sistem bunyi,

2020 Nissan Rogue Sport
2020 Nissan Rogue Sport
2020 Nissan Rogue Sport

Rupa luaran diberikan perubahan sederhana menerusi rekaan bonet dan gril signatur Nissan, V-Motion baharu. Bampar depan juga diubah, dan begitu juga lampu belakang. Set rim 19-inci baharu kini diberikan, termasuk dua warna baharu, Nitro Lime Metallic dan Monarch Orange Metallic yang lebih segar dan mengancam,

Di sebalik bone Rogue Sport ialah enjin 4-silinder 2.0L berkuasa 141hp dengan transmisi variabel berterusan (CVT). Pembeli turut ditawarkan opsyen sistem pacuan sama ada roda depan (FWD) atau semua roda (AWD). Model ini dijangka di pasaran pada musim luruh ini (September 2019).

BACA >>> Nissan Rogue Sport - X-Trail Versi Adik untuk Pasaran Amerika

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nissan, nissan qashqai, Nissan Rogue (2020), Nissan Rogue Sport (2020), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev