• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Fakta atau Auta: Benarkah Guna Besi Penyandar Kepala Boleh Pecahkan Cermin Kereta?

Fakta atau Auta: Benarkah Guna Besi Penyandar Kepala Boleh Pecahkan Cermin Kereta?

February 10, 2019 By Azhan O Leave a Comment

5.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRIK menggunakan batang besi pada penyandar kepala (headrest) di kerusi kereta untuk memecahkan cermin tingkap sudah lama berlegar di ruang maya, dan ramai pula percaya. Persoalannya, benarkah?

Kalau kita jenis tidak mudah percaya sesuatu perkara itu bulat-bulat, kita pasti cuba mencari kepastian. Tambahan lagi di zaman pengetahuan dan maklumat di hujung jari, memang tidak susah untuk mendapatkan kesahihan. Dan memang ada pengguna memuat naik video demonstrasi tentang trik memecahkan tingkap kereta dengan batang besi penyandar kepala.

BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Cara Selamatkan Diri Jika Kereta Terbabas dalam Air

Dan di bawah ini kami senaraikan empat video demonstrasi daripada laman YouTube untuk tatapan pembaca semua? Benarkah besi penyandar kepala cukup efisien memecahkan tingkap kereta? Kami akan buat ringkasan untuk setiap satu video.

VIDEO 1: HAYUN DARI KERUSI BELAKANG

Lelaki ini duduk di kerusi belakang sebelah kanan dan cuba menggunakan  penyandar kepada. Masalahnya, penyandar itu tersangkut di siling kereta. Pengajaran, tidak semua kereta mempunyai ruang kepala (headroom) yang cukup luas untuk menarik keluar penyandar.

Dia kemudian mencabut penyandar kerusi depan dan cuba memecahkan cermin menggunakan tangan kanan (tangan dominan dan paling kuat). Tetapi ia bukan semudah disangka, dia perlu menghayun 10 kali (dengan kekuatan lelaki, memakai sarung tangan dan hentakan kuat) sebelum tingkap dapat dipecahkan. Jangan lupa, besi penyandar kepala itu sampai bengkok dibuatnya.

VIDEO 2: HENTAK GUNA DUA BESI DARI KERUSI DEPAN

Ini pula demonstrasi yang menggunakan kedua-dua batang besi penyandar kepala yang boleh diandaikan di posisi pemandu atau penumpang depan. Berbanding video di atas, jarak hentakan dilakukan lelaki di atas lebih dekat yang secara tidak langsung mengurangkan impak hentakan.

Hasilnya, cermin tingkap langsung tidak dapat dipecahkan!

VIDEO 3: SELIT CELAH FREM DAN UMPIL

Ini video yang menunjukkan bagaimana cara tepat menggunakan besi penyandar kepala untuk memecahkan cermin tingkap kereta. Caranya, cuba selitkan besi pada frem bawah tingkap, dan jadikan ia seperti tuil untuk mengumpil cermin tingkap hingga pecah.

Cara begini memang menjadi, tetapi anda kena pastikan besi dapat diselit kemas di celahan frem supaya cermin dapat diumpil dan dipecahkan.

VIDEO 4: HAYUN PADA BUCU CERMIN

Cara ini lebih pantas kerana lelaki ini cuma memerlukan tiga kali hentakan untuk memecahkan cermin tingkap. Caranya, anda perlu menghentak pada bucu cermin bawah berdekatan cermin sisi (lihat video). Tetapi ingat, lelaki dalam video memakai sarung tangan supaya genggaman tangan tidak menggelincir, dan hentakan mesti kuat (kurang kelebihan buat pemandu atau penumpang wanita).

Dan akhir sekali, hentakan anda mesti tepat di penjuru cermin.'


KESIMPULAN

Berdasarkan empat video di atas, terpulang kepada anda untuk memikirkan cara mana paling efisien untuk memecahkan cermin tingkap kereta. Apapun besi penyandar ialah satu-satunya alternatif yang siap sedia ada dalam kereta sekiranya anda memang tidak menyimpan tukul cermin.

BACA >>> #TahukahAnda: Tukul Cermin - Alat Kecemasan Berguna yang Pemandu Tidak Peduli

Sekarang bandingkan pula dengan penggunakan tukul cermin yang memang dikhaskan untuk memecahkan cermin jenis bajaan @ tempered. Lihat video di bawah pula:

Di bawah ini pula video demosntrasi dilakukan Adam dalam rancangan MythBusters di saluran Discovery Channel yang menunjukkan betapa berkesan dan pantas tukul cermin mampu memecahkan cermin tingkap.

Related

5.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: auta, autotainment, Besi Penyandar Kepala, fakta, Fakta atau Auta, Penyandar Kepala, Roda4, tip, Tip Pecahkan Cermin Kereta, Trik, tukul cermin, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev