ANDA mungkin ada pengalaman melihat bapa anda panaskan enjin kereta setiap pagi sebelum dia keluar bekerja. Ada yang mengambil masa hingga 10-15 minit, siap masuk ke rumah untuk bersarapan dan baca surat khabar lagi.
Persoalannya, perlukah anda panaskan enjin kereta sebelum bergerak, terutama pada waktu pagi?
Inilah jawapannya...
Bermula era 1990-an dan ke atas, sistem pencucuhan kereta mula digantikan daripada karburetor kepada suntikan bahan api (fuel injection) elektronik, berupa sejenis peranti pintar kecil yang dimuatkan dalam enjin dan berfungsi mengarahkan injektor terbuka lama bagi menyuap lebih banyak bahan api ke dalam enjin ketika cuaca sejuk. Apabila enjin panas pula, injektor akan mengurangkan suapan bahan api. Ini bermakna sistem penggunaan bahan api bagi kereta moden hari ini lebih cekap dan menjimatkan.
Jadi, melainkan enjin kereta anda daripada jenis karburetor (itupun cuma perlu menunggu 1-2 minit), tempoh menunggu paling lama bagi enjin kereta moden ialah 30 saat! Ya, 30 saat sahaja.
Jika anda memanaskan enjin lebih lama daripada tempoh tersebut, anda sebenarnya sedang membazirkan minyak dan masa. Malah, turut mencemarkan alam sekitar dengan pelepasan gas berbahaya, iaitu karbon monoksida. Paling bahaya jika pemanasan dibuat dalam kawasan tertutup.
Kereta moden hari ini juga mula memaparkan indikator suhu berwarna biru pada panel meter. Sesetengah orang menasihatkan anda supaya menunggu sehingga indikator terpadam. Sebenarnya, tindakan itu tidak diperlukan pun dan tiada kena mengena dengan prestasi kereta anda sama ada sudah siap sedia untuk bergerak atau belum.
Jadi, boleh terus bergerak begitu saja?
Ya, anda boleh terus bergerak begitu saja. TETAPI, apa yang sepatutnya anda lakukan ialah mengelak memandu melebihi putaran enjin 3,000rpm.
BACA >>> Bagaimana Mengesan Tanda-Tanda Pam Air Kereta Rosak?
Inilah dinamakan suhu operasi (operating temperature) yang memerlukan anda menunggu hingga indikator suhu (berwarna biru) terpadam. Buat pengetahuan anda, suhu operasi boleh dicapai dalam keadaan kereta bergerak di bawah 3,000rpm tanpa perlu membiarkan enjin dihidupkan lama dalam keadaan statik. Malah, suhu operasi lebih cepat dicapai ketika kereta bergerak.
BAYANGKAN PELARI PECUT
Analoginya begini, bayangkan anda mahu berlari pecut. Anda boleh saja berlari laju tanpa memanaskan badan, tetapi tindakan itu hanya mendedahkan diri kepada kecederaan. Ini kerana tubuh anda memerlukan suhu operasi untuk bekerja pada tahap optimum.
Anda pilihan seperti berdiri setempat dan melakukan gerakan kecil yang tidak relevan (seperti yoga atau bertaichi) untuk memanaskan badan, tetapi mengapa buang masa? Anda sebenarnya boleh terus berjoging atau berlari-lari anak untuk segera mencapai tahap suhu operasi.
Samalah juga dengan situasi memanaskan enjin kereta! Ingat, jangan lebih 30 saat dan mula memandu dengan perlahan. Anda bukannya sedang berlumba!
Hadi says
Kereta saya jadi tersedu-sedan kalau tak panaskan enjin bagi lama.
Proton Saga FLX
Sylvesterviter says
Ble tnya ka? Proton saga blm pkai karberoter atau fuel injection?
AO says
Kereta baru sekarang semua dah fuel injection. Kereta 80-an dan awal 90-an saja masih karburetor
Mas says
Kalau kereta kelisa...bila di on aircond...meter rpm akan naik dan akan bergegar...ape masalah kereta tu??bila air cond off...rpm stable dan gegaran berkurang...mohon pencerahan
budak budak says
panas kan engine sebab kita nak minyak engine tu naik ke block semula , sebab bila lama kita tak start , minyak akan turun dan mendap ke bawah , bila kita start kita akan buat minyak tu naik ke block , bayangkan minyak di block dh sikit dan piston berjalan dgn sedikit laju , sebab tu kita di sarankan panas kan engine kereta , bukan wajib , tapi di sarankan sebab kereta ni nk pakai lama
Lyana says
Betul..panaskan la enjin tapi jangan melampau. Itu perihal minyak enjin ambil masa 1-2 minit jer. Bagi saya, saya lebihkan hingga hampir satu bar. Baru sedap memandu. Gear pun masuk smooth je.
Macam mana dengan minyak gear? Ada rasa kelainan sedikit bila panaskan enjin dengan tidak tidak panaskan enjin? Saya rasa bersangkut paut juga.
Nak jangka hayat enjin kereta lebih lama..panaskan la barang sekejap. Baru enjin boleh tahan dan mantap sampai 18 tahun beb!
Jimmy says
mengelak memandu melebihi putaran enjin 3,000rpm untuk selama berapa minit ya? berapa jauh km ya?
Man says
Rasanya sehingga indikator suhu tu terpadam...
aLCHeMiz says
Kalau nak cepat jumpa yang tulis artikel ni atau penjual/mekanik kenderaan tak perlu panaskan enjin kenderaan anda.
(Kalau nak kaya jangan menipu.... tak berkat)
Nota: Jangan percaya semua maklumat yang diberi untuk kepentingan sesuatu pihak/perniagaan.