NISSAN Qashqai ialah crossover atau kenderaan utiliti sukan (SUV) kecil yang diposisikan di bawah X-Trail, dan berada dalam segmen sama seperti Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Toyota C-HR. Berbeza ketiga-tiga model lawan itu, Qashqai tidak dipasarkan ke negara kita atau negara jiran Asean lain, kecuali Singapura.
Qashqai ialah model popular dan crossover Nissan yang paling laris. Bagi memeriahkan lagi tawaran sedia ada, Nissan menawarkan Qashqai N-Motion dengan beberapa pembaharuan. Tawaran terbaharu itu diasaskan daripada Qashqai varian pertengahan N-Connect, tetapi cuma ditawarkan dalam jumlah terhad.
BACA >>> Nissan Qashqai - SUV Jepun Ini Menang Anugerah Kereta Buatan Britain Terbaik!
Berikut Ciri Nissan Qashqai N-Motion
- Ada 2 jenis varian enjin: 1.3L turbo (140hp dan 160hp), dan 1.5L diesel.
- Ada 2 jenis transmisi: manual dan dual klac (DCT).
- Kemasan plat bampar depan dan belakang berwarna perak, sepadan dengan cermin sisi dan rel bumbung.
- Lampu utama LED dengan pencahayaan adaptif.
- Rim aloi Ibiscus 19 inci.
- Kerusi depan direka semula dengan kemasan warna jingga.
- Sulaman jingga pada liner pintu, ruang simpanan barang antara kerusi depan.
- Liner but saiz penuh.
- Sistem NissanConnect dengan pelbagai fungsi seperti pengecaman suara, Find My Car dan peta Over The Air dan ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
Qashqai N-Motion ditawarkan pada harga bermula £25,345 (RM133,506). Jika ada bertanya kenapa SUV ini cuma ditawarkan di Eropah dan tidak di pasaran Asean, jawapannya, Nissan memiliki kapasiti pengeluaran dan fasiliti yang besar di Eropah.
Nissan ada lebih 17,000 pekerja di Eropah dalam bahagian rekabentuk, kajian dan penyelidikan (R&D), pembuatan, dan logistik, termasuk jualan dan pemasaran. Pada 2018, kilang Nissan di Britain, Sepanyol dan Rusia mengeluarkan lebih 660,000 unit kenderaan.
BACA >>> Jualan Kenderaan Penumpang dan LCV Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Tewaskan VW, Toyota
Leave a Reply