• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pasang Khemah Kenduri Halang Jalan Boleh Kena Denda Sampai RM1,000

Pasang Khemah Kenduri Halang Jalan Boleh Kena Denda Sampai RM1,000

February 7, 2019 By Azhan O 3 Comments

18.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APA kata undang-undang jika kita memasang khemah di depan rumah atas tujuan peribadi hingga menghalang lalu lintas yang biasanya dibuat untuk kenduri perkahwinan, kematian, upacara keraian atau apa saja majlis perayaan?

Jawapan asasnya, tidak boleh.

Ini termaktub di bawah Seksyen 46(1)(a) bagi Akta 133 Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (muat turun PDF KPKT ini dan BACA laman 33), Seseorang itu dikira melakukan kesalahan jika mendirikan atau membuat sebarang binaan atau halangan di kawasan awam. Sekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan denda RM500 untuk kesalahan pertama dan RM1,000 untuk kesalahan seterusnya.

BACA >>> Memandu dengan Nombor Plat Kotor Boleh Kena Denda £1,000 (RM5k) di UK

* KPKT -Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

PENDAPAT KAMI

Jadi janganlah terkejut kalau tiba-tiba kenduri anda diserbu pihak berkuasa tempatan (PBT) atas kesalahan seperti dinyatakan di atas. Mungkin ada jiran yang buat laporan, atau dilaporkan orang luar yang lalu di kawasan anda, atau kebetulan abang penguatkuasa terperasan.

Bagaimanapun, kesalahan seperti ini sangat jarang berlaku kerana majoriti rakyat Malaysia memilih untuk tidak mahu bikin kecoh, nanti takut diajak bertumbuk pula. Walhal, perangai tuan majlis pun semacam mementingkan diri.

Jadi nasihat kami gunalah akal budi atau common sense masing-masing. Beritahulah jiran tetangga seandainya ada majlis mahu dibuat yang memerlukan laluan ditutup. Sesetengah kawasan kejiranan, terutama di bandar besar seperti di perumahan flat dan apartment dengan parkir terbuka dan sesak, adalah kurang sesuai dibuat majlis keramaian.

BACA >>> #Videotomotif: Dendam Tunggul Kayu - Pak Arab Terima Padah Cuba Cabut Pangkal Pokok

Bukanlah sebab jiran lain cemburu dengan majlis anda yang serba ekstravaganza itu, tetapi memang ada situasi di sesetengah kawasan perumahan dilihat kurang molek dibuat majlis kerana boleh menyebabkan masalah parkir, kesesakan lalu lintas dan isu keselamatan. Lebih elok dibuat di mana-mana dewan yang semestinya perlu ditempah awal.

Related

18.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Denda Pasang Khemah Kenduri, Kenduri, Khemah Kenduri, Pasang Khemah Kenduri, Permit Pasang Khemah, Undang-Undang

Comments

  1. Rienz says

    February 12, 2019 at 8:00 AM

    Okey laa bayar RM 500,sewa dewan kena bayar RM 5000 or RM 6000

    Reply
    • Kery says

      January 15, 2020 at 8:01 PM

      Setuju bayar saman rm500.. Dari sewa dewan rm7000 ke rm10000

      Reply
  2. Mohd Tajuddin Yatim says

    July 5, 2020 at 2:06 PM

    Semasa PKPP boleh tak pasang khemah depan rumah bagi majlis pertunangan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev