• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #Spyshot: Yamaha 135LC Dikesan Jalani Ujian VTA, Bakal Ada Perubahan Mekanikal?

#Spyshot: Yamaha 135LC Dikesan Jalani Ujian VTA, Bakal Ada Perubahan Mekanikal?

February 6, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

10.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA 135LC sudah ada di pasaran tempatan sejak 2005 dan sepanjang 13 tahun lalu, sudah beberapa kali mengalami  kitaran hidup produk. Jangan lupa 135LC pernah dipadankan transmisi 5-kelajuan, tetapi kembali semula kepada 4-kelajuan selepas Y15ZR dipasarkan ke Malaysia.

Pada 2016, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan 135LC versi facelift dengan menambah baik rekabentuk depan lebih agresif, memperkenalkan ciri LED pada lampu depan dan belakang, lampu signal belok belakang baharu dan lampu brek belakang lebih tinggi. Tidak lupa, rekaan grafik dan tiga pilihan warna baharu.

BACA >>> Yamaha 135LC Tampil Segar dengan Warna, Corak Baharu

Kemudian pada 2017, kapcai ini dikemas kini menerusi pengenalan warna baharu iaitu biru, merah, hitam dan perak. Bagaimanapun, tahun lalu tiada sebarang penambahbaikan ditawarkan pada model yang pernah jadi kegilaan ramai ini. Adakah tahun ini kita akan melihat pembaharuan signifikan? Harapnya bukan sekadar kosmetik dan warna baharu yang cukup sinonim dengan strategi pemasaran HLYM untuk model yang sudah lama di pasaran.

SPYSHOT YAMAHA LC 135-7
SPYSHOT YAMAHA LC 135-5

Kami menemui model ini di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melalui Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA). Secara logiknya, jika 135LC hanya melalui perubahan kosmetik, ia tidak perlu dihantar untuk ujian VTA. Tetapi sekiranya ada perubahan mekanikal, ia perlu menjalani pemeriksaan VTA untuk mendapatkan kelulusan baharu berikutan perubahan atau penambahbaikan yang dilakukan.

135LC dijana enjin 134cc silinder tunggal 4-lejang berkuasa 11.9hp @ 8,500rpm dan tork maksimum 11.79Nm @ 5,500rpm. Masih lagi menggunakan sistem karburetor, kapcai ini dipadankan transmisi 4-kelajuan jenis rotari.

BACA >>> #Spyshot: Yamaha Y15ZR V2.0 Jalani Ujian VTA, Kapcai Paling Hangat Akan Tiba!

Adakah 135LC bakal didatangkan dengan sistem suntikan bahan api seperti versi Thailand, manakala sistem transmisi berubah kepada 5-kelajuan? Mungkin juga motosikal ini dalam proses mendapatkan status kenderaan cekap tenaga (EEV)?

GALERI

Related

10.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Jabatang Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Kapcai, Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA), roda2, Spyshot, Yamaha, Yamaha 135LC

Comments

  1. Ali says

    February 20, 2019 at 8:17 PM

    Adakah terdapat "choke" di handle sebelah kiri?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev