• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mercedes-Benz V-Class (2019) - 'Toyota Vellfire' untuk Famili Eropah

Mercedes-Benz V-Class (2019) - 'Toyota Vellfire' untuk Famili Eropah

February 8, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

993
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERNAHKAH anda tertanya, bagaimanakah orang Eropah membawa keluarga mereka pulang ke kampung halaman atau melancong dalam negara? Tidak seperti rakyat tempatan, orang di sana gemar menggunakan kereta penumpang atau kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi untuk tujuan tersebut.

Bagaimanapun, van dan kenderaan pelbagai guna (MPV) lebih digemari orang Malaysia berkeluarga yang suka pulang ke kampung atau melancong dalam negara. Lihat sahaja jumlah Toyota Estima, Vellfire dan Alphard atas jalan. Begitu banyak sekali.

BACA >>> Mercedes-Benz Storm Edition X 250d 4MATIC, Trak Pikap Premium Lain Daripada Lain

Perbezaan budaya tidak bermakna pengguna atau pengeluar Eropah menolak terus MPV besar. Mereka juga ada jawapannya, iaitu Mercedes-Benz V-Class. MPV premium ini memang ada kelas, selari dengan jenama itu. Sempena 2019, Mercedes-Benz menawarkan versi dipertingkat @ facelift. Menariknya, ia bakal melancarkan model elektrik sepenuhnya.

Seperkara menarik lain, jika Vellfire dan Alphard ada model istimewa daripada Modellista atau Tom's, V-Class pula ada varian sporty, AMG Line.

Berikut Ciri Mercedes-Benz V Class (2019)

Rekabentuk

  • Bampar baharu dengan rekaan lebih menonjol melalui ventilator masukan udara dan corak berlian pada gril radiator.
  • Varian AMG Line tampil dengan corak berlian kilauan krom untuk gaya lebih sporty.
  • Dua warna baharu dan empat corak rim aloi baharu.
  • Ventilator penyaman udara dalam bentuk turbin baharu dan warna kulit baharu tartufo.
  • Kerusi mewah untuk penumpang belakang dengan fungsi urutan dan penyandar boleh laras.

Trenkuasa

  • Enjin diesel 4-silinder OM 654 dengan pengurangan emisi dan penambahbaikan bunyi dan getaran.
  • Enjin V 300 d berkuasa 239hp dan 500Nm mempunyai nilai terbaik dalam segmen MPV. Penggunaan minyak lebuh raya/bandar ialah 6.3-5.9 liter per 100km. Ada tork tambahan 30Nm apabila memecut.
  • Kali pertama untuk siri V-Class, Mercedes-Benz menawarkan transmisi automatik 9G-TRONIC untuk anjakan gear lebih lancar dan menjimatkan bahan api.

Sistem keselamatan dan bantuan

  • Kali pertama ditawarkan, Bantuan Brek Aktif (bergantung situasi) dapat mengurangkan tahap kerosakan jika berlaku perlanggaran dengan kenderaan depan, objek statik atau pejalan kaki melintas. Berfungsi berhenti atau mengelak terus daripada berlanggar.
  • Sistem Bantuan Lampu Tinggi (HBA) tidak memerlukan pemandu menukar lampu kepada suluhan biasa apabila berselisih dengan kenderaan depan.

Kepada mereka yang berminat dengan V-Class, suka dimaklumkan MPV mewah ini ada dijual di Malaysia. Harganya? Sila sediakan RM400,000 ke atas dan harga tersebut setara dengan dua MPV mewah Jepun popular jika dibeli dari pengedar rasmi.

BACA >>> 10 Fakta Pantas - Mercedes-Benz A-Class Serba Baharu di Malaysia, Harga Mula RM228k

GALERI

Related

993
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Mercedes-benz, Mercedes-Benz V-Class, MPV, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev