• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa

11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa

March 5, 2016 By Han Othman Leave a Comment

9.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANDA mungkin skeptikal dengan skil pemandu profesional. Apakah skil memandu mereka betul-betul hebat atau kehebatan mereka itu disebabkan kekerapan berlumba? Ada juga beranggapan pelumba profesional cuma lebih hebat dari segi keberanian saja. Sedangkan asas pemanduan sama sahaja seperti pemandu kebanyakan lain.

Hmm, nampaknya anda silap. Sebenarnya, pelumba profesional benar-benar menguasai kemahiran yang tidak dimiliki pemandu biasa. Selepas baca artikel di bawah ini, mungkin anda tidak lagi memandang rendah pelumba profesional di luar sana.

1. MEMBREK GUNA KAKI KIRI


Mereka menggunakan kaki kiri untuk membrek tanpa mengira kereta auto atau manual. Cara ini dipraktikkan semua pelumba off-road, litar atau rali. Pemandu amatur yang cuba melakukan cara ini boleh menyebabkan kereta mereka berhenti mengejut.

2. SALING TUKAR TUMIT DAN HUJUNG KAKI (HEEL & TOE)


Pemandu kereta manual menekan pedal brek dan minyak dengan pantas bagi menyesuaikan ligatan (rev) enjin apabila menurunkan gear supaya transmisi bertukar lancar dan pantas.

3. MULA MENDAKI TANPA GUNA BREK TANGAN

4x4-daki-bukit-pandulajudotcomdotmy
Apa saja teknik pemanduan akan dilakukan tanpa menyentuh brek tangan, sama ada secara manual atau auto kecuali melakukan aksi drift atau membrek kecemasan.

4. GANGSTER STOP

Meluru datang dengan laju, dan berhenti mengejut serta bergerak pergi. Segalanya dilakukan dengan pantas sebelum sempat suspensi belakang berganjak menyerap hentakan.

5. MENUKAR GEAR SECARA LOMPAT

tukar-gear-pandulajudotcomdotmy
Ini ialah seni memilih gear yang tepat secara terus tanpa perlu mematuhi turutan gear 1-2-3-4-5-6. Mereka kerap memilih kombinasi gear 2-4 atau 3-6.

6. BERGERAK TANPA TEKAN MINYAK

Mereka cukup cekap menggunakan klac untuk memarkir kenderaan tanpa perlu menekan pedal minyak melebihi tahap lahu enjin (engine idle).

7. BUMP START

Bayangkan bateri kereta manual anda mati di atas bukit. Bolehkah anda menghidupkannya tanpa alatan pelompat (jumper)? Mudah saja bagi profesional.

8. MENGUNDURKAN TRELER

Tidaklah sukar jika tahu rahsianya. Tetapi jangan sesekali cuba sekiranya anda tidak pernah masuk kelas profesional.

9. TUKAR KLAC DUA KALI

Dipanggil 'double clutch' atau 'double declutching', di mana pemandu menekan klac dua kali setiap kali menukar gear. Tekan kali pertama untuk menolak gear kepada posisi Neutral dan tekan kali kedua untuk posisi gear dikehendaki. Semuanya dilakukan dengan pantas sama seperti menekan klac sekali.

10. TENANG SAAT TERBABAS


Mereka jarang panik ketika kereta terbabas dan mampu mengawalnya. Mereka tahu sesebuah kereta itu tidak akan terbalik selagi tidak berlanggar dengan mana-mana objek atau pengadang jalan. Cuma rendahkan kelajuan, kawal injakan brek dan pusing stereng ke kiri dan kanan. Anda pula bagaimana?

11. CELIK TEKNOLOGI

Walaupun pemandu biasa membeli kereta dilengkapi teknologi terkini, tetapi rata-rata mereka tidak tahu langsung bagaimana ciri-ciri itu berfungsi. Apakah keperluan ciri kawalan jelajah (cruise control), bantuan daki bukit (HSA), atau membrek kecemasan menggunakan brek tangan. Ramai juga yang membeli kereta jenis 4X4, tetapi tidak tahu kegunaan mod di dalamnya. Sebaliknya, sudah tentu pemandu profesional tahu setiap fungsi berkenaan.

Related

9.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, double declutching, heel and toe, pelumba profesional, pemandu biasa, Pemandu Profesional, skil memandu, Skil Memandu Profesional

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev