• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Kenderaan Penumpang dan LCV Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Tewaskan VW, Toyota

Jualan Kenderaan Penumpang dan LCV Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Tewaskan VW, Toyota

January 31, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

9
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PAKATAN Renault-Nissan-Mitsubishi sudah mula menunjukkan taring dalam menyaingi gergasi automotif dunia, Volkswagen Group (VW Group) dan Toyota Motor Corporation. Jualan pakatan bertiga itu sepanjang 2018 mencatatkan angka 10,756,875 unit, sekali gus menduduki ranking pertama jualan kenderaan penumpang dan komersial ringan.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding VW Group dan Toyota, tetapi VW masih mendahului Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi jika jualan kenderaan berat diambil kira. VW Group mempunyai kepentingan dalam syarikat MAN dan SCANIA, manakala Toyota pula memiliki Hino Motors.

Jualan kenderaan penumpang dan komersial ringan (LCV) VW Group ialah 10.6 juta manakala Toyota pula ialah 10.59 juta.

BACA >>> Ghosn Lepaskan Jawatan dalam Renault, CEO dan Pengerusi Baharu Dilantik

Jualan Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi 2018 meningkat 1.4 peratus berbanding 2017. Antara model yang mendapat permintaan tinggi ialah Renault Clio, Captur dan Sandero, manakala Nissan laris dengan X-Trail/Rogue dan Sentra/Sylphy. Mitsubishi mendapat permintaan hangat untuk Eclipse Cross dan Xpander.

PERMINTAAN KENDERAAN KOMERSIAL RINGAN MENINGKAT

RENAULT KANGOO
NISSAN NAVARA
MITSUBISHI XPANDER

Walaupun tiada kenderaan berat, permintaan untuk kenderaan perdagangan ringan menyaksikan peningkatan, dan antara model perdagangan yang dijual Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi ialah Kangoo, Master dan Trafic (Renault),  Navara dan Terra (Nissan) dan Triton (Mitsubishi).

Antara strategi Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi ialah memaksimumkan sinergi melalui pembangunan dan pengeluaran rentas bagi meningkatkan jualan dan kehadiran pasaran jenama masing-masing serata dunia.

Selain model konvensional, Pakatan itu juga unggul dengan komitmen terhadap kenderaan sifar emisi. Siapa tidak kenal Nissan Leaf atau Renault ZOE dengan jualan keseluruhan produk EV di bawah pakatan tersebut sejak 2010 mencecah 724,905 unit.

Dari segi jualan sesama rakan Pakatan, Nissan Motor Co Ltd mendahului jauh dengan 5,653,683 unit, turun 2.8 peratus berbanding 2017,  Groupe Renault - 3,884,295 unit (naik 3.2 peratus) dan Mitsubishi Motors Corporation - 1,218,897 unit (naik 18.3 peratus).

BACA >>> Mitsubishi Pertimbang Rancangan Perkenal Lancer dan Mirage Baharu?

10 PASARAN TERTINGGI JUALAN PAKATAN Renault-Nissan-Mitsubishi:

  1. China - 1,920,541 unit
  2. AS - 1,611,952 unit
  3. Perancis - 763,984 unit
  4. Jepun - 727,823 unit
  5. Rusia - 648,795 unit
  6. Mexico - 355,968 unit
  7. Jerman - 343,656 unit
  8. Brazil - 334,469 unit
  9. Itali - 277,941 unit
  10. Sepanyol - 275,884 unit

Related

9
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Mitsubishi, Nissan, Nissan-Renault-Mitsubishi Alliance, perikatan Renault-Nissan-Mitsubishi, Renault

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my