HYUNDAI Motor hari ini mengumumkan i30 Fastback N akan menjadi Kereta Keselamatan aka Safety Car rasmi untuk Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) MOTUL FIM yang ke-32.
Kereta Keselamatan i30 Fastback N tampil dengan seragam yang diilhamkan daripada jentera rali Hyundai i20 yang berentap Kejuaraan Rali Dunia (WRC). Ia sebahagian daripada perkongsian baharu Hyundai dengan World SBK yang diumumkan September tahun lalu.
BACA >>> Albert Biermann - Orang Kuat i30 N dan Stinger Kini Dilantik Ketua R&D Hyundai-Kia!
Kereta Keselamatan i30 Fastback N akan melakkan debut umum di Litar Grand Prix Phillip Island pada 22-24 Februari depan.
Barisan penuh kereta rasmi akan didedahkan di litar MotorLand Aragon, Sepanyol yang berlangsung pada 5-7 April nanti, terdiri daripada 130 N hingga model kenderaan utiliti sukan (SUV) seperti Kona dan Tucson. Semua model itu akan digunakan dalam pelbagai kapasiti seperti mengangkut staf perubatan atau Race Direction (staf pengurusan perlumbaan)
AGRESIF DENGAN SUKAN PERMOTORAN
Sejak pengumuman jenama N di Pameran Motor Frankfurt 2015, Hyundai mengambil bahagian dalam banyak acara sukan permotoran, termasuk WRC, Nurburgring 24 Hours dan Piala Kereta Touring Dunia (WTCR). Tidak hanya memiliki produk N yang mampu beraksi kompetitif di trek lumba, tetapi Hyundai turut mahu membuktikan kejayaan di kalangan pelanggan yang gilakan adrenalin menerusi pengeluaran i30N, Veloster N dan terbaharu, 130 Fastback N. Jenama
Hyundai N kini memberikan status pemilikan tersendiri yang menggambarkan kereta yang seronok dipandu setiap hari dan pada masa sama memiliki kemampuan trek.
JENAMA N KETIGA
i30 Fastback N ialah model prestasi tinggi ketiga yang debut di Pameran Motor Paris pada Oktober 2018. Model ini ialah coupe 5 pintu pertama dalam segmen C. Dengan kombinasi rekabentuk elegan dan sofistikated, prestasi mengujakan dan ciri seronok dipandu, i30 Fastback N ialah kereta sport harian yang sentiasa penuh debaran.
BACA >>> Hyundai i30 Fastback N - Satu Lagi Magis Hyundai
Dilengkap ciri diferensial unik, N Corner Carving Differential untuk keseronokan memandu maksimum, i30 Fastback N ialah kenderaan sempurna untuk kegunaan atas tren dan jalan raya biasa.
Leave a Reply