• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Iriz Facelift Tanpa Kamoflaj Didedahkan, Bakal Tampil Ciri Arahan Suara 'Hi Proton'?

Proton Iriz Facelift Tanpa Kamoflaj Didedahkan, Bakal Tampil Ciri Arahan Suara 'Hi Proton'?

January 29, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

970
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON Iriz facelift
tanpa sebarang seragam penyamaran sekali lagi didedahkan dan kali ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan peluang memandu sendiri model hatchback itu di Putrajaya, baru-baru ini.

Walaupun masih belum dilancarkan secara rasmi, jelas kelihatan beberapa perubahan ketara dari segi rupa luaran dan dalaman Iriz facelift. Antaranya, kehadiran gril depan baharu bertemakan 'Infinity Weave' yang diilhamkan daripada model X70.

Begitu juga bampar depan dan belakang yang lebih sporty berbanding versi sedia ada. Lampu depan pula diambil daripada model Persona dan turut dipadankan dengan lampu siang (DRL) LED. Selain itu, Iriz facelift juga bakal menampilkan warna baharu, biru muda seperti digambarkan lakaran grafik rekaan TheAjerul di bawah ini.

Rekabentuk belakang juga tidak lagi kelihatan lencana Proton, sebaliknya digantikan perkataan 'P R O T O N', seperti tertera pada X70. Jika ditelitikan, ada huruf ‘R’ merah pada perkataan Iriz. Mungkinkah model ini akan dikenali sebagai Proton Iriz R?

BACA >>> Hi Proton! Bagaimanakah Cara Guna Fungsi Arahan Suara X70?


ARAHAN SUARAN 'HI PROTON'

Lebih menarik, kami juga mendapat maklumat, unit infotaiment bakal diberikan nafas baharu apabila dibekalkan ciri arahan suara (voice command) ‘Hi Proton’, sama seperti X70. Bagaimanapun, ciri ini cuma boleh mengawal sistem audio, navigasi, dan beberapa ciri lain. Arahan menurunkan tingkap secara voice command tiada untuk Iriz facelift.

Aspek mekanikal Iriz facelift masih kekal sama. Begitu juga harga, juga dijangka sama. Jika ada sebarang kenaikan atau penurunan, mungkin sedikit saja.

Mari kita sama-sama nantikan kehadiran Iriz facelift tidak lama lagi. Adakah model ini lebih menawan berbanding versi sedia ada? Apa kata anda?

BACA >>> Shukri: Proton Iriz Tak Kurang Apa-Apa, Sama Hebat dengan Model Lain

GALERI
Proton Iriz facelift

Related

970
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: enjin proton iriz 2019, enjin Proton Iriz Facelift, harga proton iriz 2019, harga Proton Iriz Facelift, Proton Iriz 2019, proton iriz baru, proton iriz baru 2019, proton iriz facelift

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev