• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Videotomotif: Gara-Gara Parkir Tak Sekolah, Kereta Ini Dirempuh Bas (Pun Tak Sekolah)

#Videotomotif: Gara-Gara Parkir Tak Sekolah, Kereta Ini Dirempuh Bas (Pun Tak Sekolah)

January 29, 2019 By Azhan O Leave a Comment

590
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADAH meletakkan kenderaan sesuka hati, sebuah bas di Teresina, Brazil merempuh sebuah kereta yang diparkir seperti tidak pernah belajar di sekolah memandu.

Sebenarnya, ada dua kesalahan yang boleh diulas berdasarkan rakaman video di bawah membabitkan kereta diparkir dan bas yang dipandu.

BACA >>> #Videotomotif: Tidak Hujan, Tidak Ribut, Motosikal Elektrik Ini Tiba-Tiba Terbakar

PARKIR TAK SEKOLAH

Kesalahan pertama paling jelas, iaitu kereta yang diparkir secara berbahaya (kita namakan kereta-tak-sekolah). Agak hairan juga kenapa si tuan kereta boleh terfikir hendak meletakkan kenderaannya seperti itu yang jelas sekali mengundang risiko bahaya.


Kesalahan kedua pula ialah drebar bas kedua yang mengekor terlalu rapat bas di depan. Tambahan lagi dengan posisi pemanduan sebelah kiri (LHD) di Brazil, apa dilakukan itu (mengekor rapat) menyukarkan dia memantau situasi jalan raya sebelah kanan.

Dan apabila bas depan cuba ke kiri untuk mengelak kereta-tak-sekolah itu, drebar bas di belakang gagal mengesan kelibat kereta tersebut dan rempuhan pun terjadi.


Walapun mungkin ada yang menganggap kereta-tak-sekolah masih dalam zon laluan lorong satu, tetapi ingat, pemandu normal biasanya memerlukan 'ruang selisih' (lihat gambar atas) berjarak sekurang-kurang 2 kaki (60sm) sama ada kiri dan kanan dengan kenderaan sebelah.

Ruang selisih pula bergantung kepada masa dan halaju kenderaan. Sebab itulah kenderaan yang berselisih di jalan sempit biasanya bergerak perlahan supaya masing-masing dapat mengagak ruang selisih. Misalnya, jika pejalan kaki berdiri atas garisan jalan, pemandu tetap juga akan membelok sedikit ke tengah untuk mendapatkan ruang selisih yang dirasakan sesuai walaupun dia boleh saja memandu lurus tanpa melanggar pejalan kaki.

Ini kerana visual dan pandangan tidak memberikan penilaian yang sama. Sebab itu pejalan kaki sangat dilarang melintas sembarangan dan berdiri atas garisan.

PANDANGAN TERHALANG

Jadi, drebar bas kedua tidak nampak visual sebenar kereta di sebelah kanannya kerana mengekor terlalu rapat bas di depan. Apabila bas di depan membelok sedikit ke tengah untuk mendapatkan ruang selisih, drebar bas kedua gagal melakukannya dan kemalangan pun berlaku.

BACA >>> #Videotomotif: Baru 16 Tahun Sudah Jadi Joki Drag Pro, dan Masih Merempit Jalanan

Tidak pasal-pasal pula kereta dan motosikal di depan kereta-tak-sekolah turut jadi mangsa. Bayangkan pula kalau ada motosikal di sebelah bas pertama, tidakkah dia berisiko dirempuh jika bas itu membelok sedikit ke tengah tiba-tiba? Semuanya gara-gara kereta-tak-sekolah. Hmm...

KEMAS KINI:

Bas kedua nampak seperti ditunda bas pertama (lihat minit 0:29), dan bukan mengekor rapat. Jadi kesalahan sekarang memang sepenuhnya ke atas kereta-tak-sekolah. Apapun, isu 'ruang selisih' tetap relevan untuk apa saja situasi memandu. Jadi elakkan mengekor kenderaan depan terlalu rapat dan laju.

Tapi power juga bas towing bas ohoiii!

towing

Related

590
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Brazil, Jarak Selisih, kemalangan, Kemalangan di Brazil, Ruang Selisih, Tip Jalan Raya, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev