• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Modenas V15 Jadi Fun Bike, Paduan Gaya Chopper, BMX dan Honda Dax

#BikinMotor: Modenas V15 Jadi Fun Bike, Paduan Gaya Chopper, BMX dan Honda Dax

January 28, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

5.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM hal modifikasi automotif, imaginasi kreatif dan fikiran luar kotak memang sangat diperlukan supaya jentera yang dihasilkan dapat tampil berbeza. Siapa sangka imaginasi luar biasa Irwan Cheng daripada FNG Works ini mampu menukarkan streetbike ala cafe racer, Modenas V15 jadi sebuah fun bike unik dengan gabungan rekabentuk Honda Dax, BMX dan sedikit chopper.

FNG Works ialah antara bengkel yang dipilih Modenas untuk melakukan transformasi ke atas model jenama itu dalam pertandingan Superb Mod Challenge. Peserta hanya diberikan masa 26 hari (kurang sebulan) dengan dana RM10,000 untuk mengubah suai V15. Syaratnya, peserta tidak dibenarkan memotong frem standard dan jentera dihasilkan mesti sah digunakan atas jalan raya.

BACA >>> Bajaj V15 (2018) Versi India Diperkemas, Kini Ada Penyandar Belakang

Tidak mahu tampil klise, Irwan memutuskan membina jentera idaman yang selama ini menjadi impiannya. Ini kerana selama ini tiada pelanggan yang berikan dia kebebasan penuh untuk mengubah suai motor mereka. V15 versi asli ditambah beberapa rod besi di belakang untuk menghasilkan pelantar barang, sekali gus menyerlahkan visual jentera lebih kompak, sesuai dengan gaya Honda Dax.

Modenas V15

Bahagian badan menggunakan struktur monokok dengan rekaan ringkas, mengambil garis panel Honda Dax. Bahagian badan disatukan bersama tangki minyak kecil yang bersambung dengan panel sisi. Rekaan pelana mengingatkan kita kepada motosikal Jepun ala Bosozoku.

BACA >>> Modenas Lancar 3 Model Bajaj - Harga Pula Tak Masuk Akal, Bermula RM5,989!

Menariknya, hujung bar sissy ditambahkan papan luncur Penny. Perincian lain, termasuk hendal BMX Peregrine yang menjadikan rupa depan ala chopper. Rekaan rim masih menggunakan versi standard dengan tayar besar.

GALERI
Modifikasi Modenas V15-3
Modifikasi Modenas V15-8
Modifikasi Modenas V15-7
Modifikasi Modenas V15-6
Modifikasi Modenas V15-5
Modifikasi Modenas V15-4
Modifikasi Modenas V15-1
Modifikasi Modenas V15-2
Modenas V15
BMX Peregrine
Honda Dax

SUMBER: BikeExif

Related

5.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bajaj V15, bikin motor, bikinmotor, FNG Works, Irwan Cheng, kustom, modenas V15, Modifikasi, modifikasi ekzos aftermarket, roda2

Comments

  1. Zubir says

    January 30, 2019 at 10:59 AM

    Ingatkan mesin potong rumput tadi haha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev