PENGEDAR motosikal Honda di Indonesia, Astra Honda Motor (AHM) memperkenalkan warna dan grafik baharu untuk model BeAT eSP dan BeAT Street eSP. Penampilan baharu lebih segar itu diharapkan dapat terus menggoda penunggang muda di sana untuk menjadikan skuter tersebut sebagai motosikal pertama mereka.
BeAT ialah model skuter paling laris di Indonesia dan antara ciri utama yang menarik ramai pembeli ialah penjimatan bahan api terbaik selain rekabentuk kompak, ringkas, dan menarik.
BeAT eSP
BeAT eSP diserlahkan menerusi padanan grafik lebih sporty untuk varian CW dan CBS, manakala CBS-ISS menampilkan tema sporty advanced. Ada lapan pilihan warna lain yang berbeza mengikut varian, termasuk dua warna baharu untuk CBS-ISS:
- CBS - Funk Red White, Garage Black, dan Techno Blue White
- CBS-ISS - Fusion Magenta Black, Electro Blue Black (warna baharu) dan Soul Red Black(warna baharu).
- CW - Hard Rock Black dan Dance White
BeAT STREET ESP
Gaya grafik jalanan menerusi rekaan jalur premium hipster ditawarkan untuk model BeAT Street eSP, dengan grafik dan logo baharu berwarna jingga. BeAT Street eSP menampilkan warna baharu, Street Silver (perak), selain warna Street Matte Black (hitam kusam).
BACA >>> Honda BeAT (2019) Tampil Konsep Urban Jalanan yang Lebih Segar dan Muda
BeAT dilengkapi enjin 108.2cc SOHC penyejukan udara yang mampu menghasilkan kuasa 8.66hp @ 7,500rpm dan tork maksimum 9.01Nm @ 6,500rpm. Tangki minyak 4 liter mampu memberi tunggangan sejauh 236km untuk isian bahan api penuh.
HARGA
Berikut harga mengikut model:
- Honda BeAT esP CW - Rp15,550,000 (RM4,540)
- Honda BeAT esP CBS - Rp15,750,000 (RM4,599)
- Honda BeAT esP CBS-ISS - Rp16,250,000 (RM4,745)
- Honda BeAT Street eSP CBS - Rp16,225,000 (RM4,736)
Leave a Reply