• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha R25 Facelift Lancar di Malaysia, Harga Masih Rahsia, Mac Baru Ada di Kedai

Yamaha R25 Facelift Lancar di Malaysia, Harga Masih Rahsia, Mac Baru Ada di Kedai

January 27, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini memperkenalkan Yamaha R25 versi dipertingkat @ facelift. Tetapi, sabar dulu kerana model itu cuma akan berada di pusat jualan bermula Mac depan, dan harga pula masih belum diumumkan.

Namun, berita tentang pengumuman harga tidaklah memberi kesan kepada pengguna kerana apabila tiba di premis jualan dan wakil pengedar nanti, harga biasanya akan meningkat. Apatah lagi kalau model itu memang hangat di pasaran. Tambahan lagi, sejak dulu HLYM mengambil pendekatan selamat dengan hanya menyediakan stok dalam kuantiti kecil di pasaran.

BACA >>> Yamaha YZF-R25 (2018) Terima 2 Warna Baharu - Harga Kekal RM20,630

Apabila permintaan tinggi dan bekalan sedikit, harga pun mencanak naik dan akhirnya pengguna juga dicekik. Seperti biasa, kami tidak dijemput ke majlis pelancaran model sportbike suku liter ini. Maklumlah masih lagi berada di bawah senarai hitam. 🤣

Jadi apa yang menarik mengenai R25 facelift (2019)? Kita baca dulu senarai pembaharuan dilakukan HLYM:

1. Perubahan ketara yang dapat dilihat ialah kemas kini bahagian aerodinamik selain padanan lampu LED di depan dan belakang.

2. Rekabentuk tangki bersaiz 14 liter juga diubah bagi menawarkan ciri tunggangan sporty dan nampak lebih langsing.

3. Panel meter menggunakan paparan LCD digital penuh dengan indikator anjakan gear @  shift light.

4. Kedudukan hendal lebih rendah 22mm berbanding sebelumnya.

5. Bahagian suspensi dipasangkan fork terbalik (USD) dengan kemasan cat emas di depan, manakala belakang menggunakan monoshock.

6. Tayar kini lebih lebar dengan saiz 110/70 (depan) dan 140/70 (belakang) bersama rim 17 inci.

7. R25 facelift juga dilengkapi suis penghidup jenis gelungsur, rekabentuk suis 3 dalam 1 dan kemasan peredam bunyi.

BACA >>> Yamaha R25 (2019) Lancar di Indonesia, Lebih Sporty Tapi Kuasa Kekal Sama (36hp)

8. Trenkuasa masih kekal sama dengan enjin 2-silinder sebaris DOHC berkuasa 35.5hp @ 12,000rpm dan tork 22.6Nm @ 10,000 rpm, serta padanan transmisi klac manual 6-kelajuan.

GALERI
Yamaha R25 facelift (2019)

Related

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM), Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), roda2, sportbike 250cc, Yamaha R25, yamaha r25 facelift, Yamaha R25 Facelift (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my