• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Super Cub 125 Kini di Malaysia - Harga RM13,999 Sahaja

Honda Super Cub 125 Kini di Malaysia - Harga RM13,999 Sahaja

January 24, 2019 By Admin PanduLaju 5 Comments

17.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEPADA peminat kapcai retro, kehadiran Honda Super Cub 125 ke pasaran tempatan pasti akan mengimbau memori lama. Boon Siew Honda (BSH) ada mempamerkan model moped klasik itu di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 dan kini sudah pun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

HONDA SUPER CUB 125

Honda Super Cub 125-10
Honda Super Cub 125-6
Honda Super Cub 125-14

ENJIN

Dijana enjin 4-lejang 125cc SOHC dengan teknologi suntikan bahan api, kapcai ini mampu menjana kuasa 9.1hp @ 7,500rpm dan tork 9.98Nm @ 5,000rpm dengan hantaran kuasa dilancarkan menerusi  transmisi klac automatik 4-kelajuan sentrifugal.

BACA >>> #KLIMS2018: Honda Super Cub C125 - Boleh Tengok dan Swafoto, Bukan untuk Dijual

CIRI MODEN, TERKINI

Seiring trend semasa, Super Cub 125 dilengkapkan ciri terkini seperti panel meter digital bersama meter analog, sistem lampu LED dan Sistem Kunci Pintar (SKS) dengan penggera keselamatan dan fungsi Sistem Jawab Balik (Answer Back) yang memudahkan pemilik mengesan motosikal diparkir.

HARGA RM13,999

Super Cub 125 ditawarkan dalam tiga pilihan warna: Pearl Niltava Blue (biru mutiara), Pearl Nebula Red (merah mutiara) dan Pearl Shinning Black (hitam). Model yang dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) ini akan dijual pada harga RM13,999. Murah tak?

BACA >>> Honda Perkenal Super Cub C125 ABS (2019), Siri Cub Paling Berkuasa - Harga RM14k

GALERI

Related

17.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda CB1100, Honda CB1100 RS, Honda Super Cub 125, Kapcai, roda2

Comments

  1. Naznoy says

    January 24, 2019 at 10:15 PM

    Bagi yg berduit mungkin murah tapi bagi sy la harga tu mcm yahudi mabuk jer..

    Reply
  2. Hazim says

    February 11, 2019 at 2:14 AM

    Pendapat sy x masok akal harga yahudi org gila pun boleh fikir kalau diye tau

    Reply
  3. Pak Teh Zam says

    March 14, 2019 at 1:35 AM

    model ni utk otai lahir 70an ke bawah .korang budak2 guna Dash 125 lah..sesuai dgn kamu semua

    Reply
  4. Jimi hendrix says

    September 5, 2019 at 12:20 PM

    Cc honda cub ni ditingkatkan 125cc..dn harganye jugaberganda..jdi pikir2 kn lah..produce kt?? Utk tambah koleksi bg yg mampu tk salah,dtg sendri n tengok..nilaikn knp harga dia cenggitu..

    Reply
    • Roy says

      September 17, 2019 at 5:06 PM

      Mahal sebab pakai fuel injection, lampu LED, sistem remote key.. Cuba bawak msk Super Cub yang specs/features macam Honda Wave/EX5. Tak mahal pun. Tu yg Honda EX5 asalnye dari Honda Cub jugak name lain dia C100EX. Relax je Boon Siew jual model tu selama 30 tahun dgn hrga mampu milk. Rasa2 buang semua features tu kekalkan enjin 125cc jual dlm 7-8 ribu laku je org beli.

      Nasib baik WMoto buat Super Cub design mcm original. Dpt la lepas mengidam nk naik walaupun bkn sma. Hrge bru je bawah 5 ribu.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev